Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin baru-baru ini ada berkongsi satu rakaman video spontan lalu dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, kelihatan penyanyi lagu Persis Mutiara ini sedang mendidik anak tunggalnya, Mohd Arif Zikri cara untuk mengambil wuduk dengan betul.
“Basuh tangan dulu sayang, lepas tu berkumur. Pandai…,” kata Mila menerusi video pendek yang sudah pun ditonton hampir 9,000 kali itu.
Menerusi ruangan komen pula, Mila turut menulis kapsyen secara seloroh seloroh lalu turut disambut dengan beberapa komen pengguna Instagram lainnya.
“Habis lencun,” tulis penyanyi berusia 33 tahun itu.
Terdahulu, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin, mendirikan rumah tangga bersama Isz Mustapha pada November 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri yang kini mencecah usia lebih 3 tahun.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Doktor Potong Tu, Dia Bius Dulu,” – Baru Usia Sebulan, ‘Baby Boy’ Tasha Manshahar Selamat Berkhatan
Penyanyi, Tasha Manshahar memaklumkan anak keduanya Mateen Rizqi telah pun selamat menjalani prosedur berkhatan ketika usianya baru sebulan.
Menurut Tasha, antara sebab mengapa dia memilih untuk mengkhatankan anaknya ketika masih bayi adalah kerana aspek penjagaan yang lebih mudah.
“Throwback Mateen berkhatan dekat @hospitalislam_azzahrah . Ya, Muammar dulu pun dah khatan masa dalam hari. Sangat mudah penjagaan dia, cepat sembuh, cantik and bersih je dia punya tu.
“Patutlah sunnah khatankan anak masa bayi ni. Sebaiknya buat masa bayi 7 hari, tapi I tunggu lepas Mateen dah bebas jaundice. Both my sons prolonged jaundice. Jd lewatlah sikit buatnya.
“Mudah khatankan baby masa dalam hari ni sebab baby belum lasak, belum meniarap, belum berguling, dia cuma tidur dan menyusu,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan penyanyi lagu Bukan Aku itu menerusi Instagram.
Katanya lagi, anak-anak yang dikhatankan ketika bayi juga akan lebih lekas sembuh lukanya.
“Kita pun jaga makan, jadi daripada pemakanan ibu yang baik, asbab susu ibu tu anak sembuh cepat. Pastu kolagen diorang pun banyak lagi, memang cepat je baik luka.
“Generally doktor kata 10 – 14 hari. Tp Mateen dengan Muammar dua-dua tak sampai pun 2 minggu. Few days je luka dah kering, cuma tunggu ring dia tu tertanggal je,” kongsinya lagi.
Ketika ramai bertanya tentang keadaan Mateen ketika dikhatankan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu, anaknya itu hanya menangis disebabkan rasa kurang selesa.
“Baby nangis tak? Of course nangis. Sebelum doktor potong tu, dia bius dulu. Masa tu baby nangis sebab jarum kan. Then masa prosedur tu baby nangis doktor kata bukan sbb sakit, dia dah tak rasa pun sbb dah bius.
“Tapi baby nangis sebab doktor nurse pegang dia tak bapi bergerak jadi dia tak selesa. Itu je. Balik daripada hospital tu ada la menangis kejap mungkin tak selesa ada benda (ring) dekat situ. Tp kejap je.
“Takde meragam, takde demam. Tidur susu semua mcm biasa je Alhamdulillah Allah permudahkan urusan berkhatan Muammar dan Mateen. I share tips jaga baby yang berkhatan dkt ruangan komen k.
“Okay, Ramadhan ni boleh la Muammar dengan Mateen join jemaah terawih. Mana geng dah sunat tu? Hadirkan diri!,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Mateen lekas sembuh daripada lukanya.
Terdahulu, Tasha telah selamat melahirkan anak keduanya itu pada tangga 15 November tahun lalu.
Sekadar informasi, Tasha dan suaminya yang juga merupakan penyanyi, Raqib Majid telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“10 Suapan Isteri, 10 Pahala Suami,” – Bila Badan Orang Rumah Berisi Tandanya Suami Memahami Kata Sheila Rusly
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu dia memberi nasihat kepada para suami untuk menghargai isteri.
“Jangan marah kalau isteri kuat makan..Jangan bising kalau isteri gemuk. Kerana setiap suapan isteri pahala buat suami.. 10 suapan isteri 10 pahala suami.
“Bila badan isteri berisi tandanya suami memahami. Jommm bawak isteri makan kat The Dim Sum Place harini.
“@thedimsumplacekl #thedimsumplacekl #jsrasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Dalam pada itu, peminat turut memuji perkongsian penerbit berusia 47 tahun itu dan memberikan pelbagai reaksi.
View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Dalam perkembangan lain, Sheila kini terlibat dalam drama episod, Cindai yang turut menampilkan Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman dan ramai lagi.
Foto: Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalaulah Korang Ni Islam, Menjawablah Dengan Allah,” – Tular Video Promosi Aktiviti Judi Sempena Hari Raya, Ashraf Muslim Kesal
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memprosikan aktiviti perjudian bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Video berdurasi hampir dua minit itu nyata menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya umat Islam di negara ini yang menyifatkan video berkenaan sebagai biadap dan tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
Dalam pada itu, pelakon, Ashraf Muslim turut meluahkan rasa kesal sebaik sahaja menonton video tersebut.
Jelas Ashraf, manusia ketika ini dilihat seperti tidak mempunyai rasa takut untuk mengajak manusia lain membuat kemungkaran secara terang-terangan lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
“Kurang Ajar! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa.
“Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tengok ni telah merosakkan bulan yang suci ini.
“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa! JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni!,” tulisnya.
Rasa kesal itu dikongsikan oleh pelakon filem, Bukan Cinta Malaikat itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Malah, Ashraf turut menyifatkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pembikinan video ini sebagai tidak berfikir panjang dan sengaja ingin merosakkan akidah umat Islam
“Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani pulak nak promosi macam ni. Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah swt.
“Aku post video ni bukan untuk korang main judi atau nak promote bisnes diorang tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan Islam secara halus.
“Dan media sosial adalah tempat yg mudah untuk mereka sampaikan. Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH! Berani kerana benar,” katanya lagi.
Lantaran itu, Ashraf turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kesemua individu yang terlibat didalam pembikinan video ini supaya ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yg terlibat dalam video ini. Daripada yang buat idea, klien yang terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yang terlibat dengan video ini.
“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang Islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi,” akhirinya.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI