Pelakon Yatt Hamzah berdepan dengan situasi cemas apabila anaknya, Suci Hawa Zulaikha jatuh ke lantai setinggi satu meter selepas terlepas daripada dukungan kakaknya.
Lantas, Yatt bergegas ke Hospital Pusrawi untuk mendapat rawatan lanjut mengenai kesihatan anaknya yang berusia 50 hari itu.
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari baru saja jatuh atas lantai selepas kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.
“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” tulisnya.
Pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang sinonim dengan tanda pagar (hashtag) ‘tukang jahit termahir Malaysia’ di media sosial tampil dengan inspirasi koleksi Cotton Candy atau gula-gula kapas pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022.
Bagi pereka fesyen yang pernah menubuhkan trio E1 Band itu, tema dan konsep yang diketengahkan adalah, dia cuba menyelami warna pemanis mulut itu yang penuh kemanisan.
“Tahun ini saya tampilkan 24 koleksi termasuk perempuan dan lelaki. Warna pastel seperti kuning lembut, biru ‘lilac’, biru lembut, merah jambu, hijau ‘tiffany’ dan peach menjadi antara asas warna pastel yang digunakan.
“Saya menggunakan koleksi fabrik seperti ’twill’, kain kapas, lycra dan jejaring. Malah elemen berbungkus satu badan juga diserlahkan bagi menyuntik kelainan rekaan kali ini.
“Saya percaya gula-gula kapas ini memberi nostalgia tersendiri kepada kita sedari dulu. Jadi ia lebih kepada mengimbas semula kemanisan yang kita pernah dan tengah rasai. Apatah lagi selepas diuji di era pandemik COVID-19,” katanya.
Ezuwan yang melakar nama termasuk menjadi kegemaran serta pilihan artis popular seperti antaranya seperti Rozita Che Wan, Allahyarham Adibah Noor, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan Aprena Manrose itu berkata harga diketengahkan juga munasabah.
“Koleksi kali ini dijual pada harga dari RM2,800 hingga RM6,000. Malah saya turut kongsikan koleksi tersebut di Instagram buat tatapan semua,” katanya lagi.
Ezuwan menambah, koleksi diketengahkan kali ini juga turut menyerlahkan sisi yang lebih segar buat pencinta fesyen.
“Tak kira, berapa usia kita sekalipun harus ada sisi muda. Kita pernah muda dan ada yang sedang menikmati kemanisan hidup remaja itu.
“Jangan ‘tua’ kan diri kita. Cuma dalam bergaya itu kena pandai sesuaikan diri dan keadaan. Jangan semberono,” kata suami kepada Zahie Omar itu.
Bapa kepada dua cahaya mata ini mempersembahkan koleksinya diKLFW2022 pada 18 Ogos lalu di ruang legar pusat beli-belah terkenal Pavilion.
Ezuwan juga turut mengundang penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin sebagai penyeri pentas peragaan mempersembahkan lagu Casablanca.
“Nampaknya percaturan membawakan dua penyanyi yang meledak saat ini amat berjaya. Mereka berjaya memegun ramai sekali gus menonton persembahan koleksi sedia pakai saya.
“Terima kasih kepada teman baik saya yang berjaya menguruskan hal mengikat dua penyanyi itu untuk membuat persembahan.
“Ada juga yang menyakat saya untuk menyanyi sama-sama dengan mereka. Tak kurang juga suruh bergandingan menghasilkan single baharu dengan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, slot peragaan koleksi Cotton Candy itu turut terjadi perkara tak terduga apabila gaun diperaga salah seorang model Ezuwan hampir terlondeh.
“Mujurlah model memakai baju. Kalau semata-mata ‘top’ skirt sahaja.. tak mampu saya bayangkan apa yang akan terjadi. Mujurlah juga model bukan Melayu.
“Kalau model Melayu.. saya tak dapat bayangkan jika ia tular dan menjadi sensasi serta kecaman netizen,” katanya yang sudah terbiasa dengan kecaman netizen.
Penyanyi meningkat naik, Aliff Iskandar akui berasa amat teruja untuk menyambut hari raya Aidil Fitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman di Kelantan.
Menurut Aliff, dia juga telah menyediakan segala kelengkapan hari raya buat seluruh ahli keluarga tercinta.
“Alhamdulillah persediaan untuk menyambut raya semuanya berjalan dengan lancar. Segala kelangkapan telah pun saya sediakan untuk ibu, ayah dan adik beradik. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit pada tahun ini.
“Kalau boleh saya nak gembirakan hati mereka semua. Ini merupakan tahun pertama saya menyediakan persiapan raya untuk seluruh ahli keluarga saya. Mereka juga merupakan punca rezeki saya dan apa salahnya saya berhabis untuk mereka.
“Jadi, bermula tahun ini saya mengambil inisiatif untuk menyediakan apa yang mereka perlukan di hari raya nanti. Mana tahu rezeki saya akan lebih murah selepas ini,” katanya kepada Media Hiburan.
Penyanyi di bawah naungan Indigital Music ini berkata sedemikian ketika ditemuramah bersama MH baru-baru ini.
Bagi mengelak daripada kesesakan lalu lintas, Aliff memilih untuk menaiki kapal terbang meskipun harga tiketnya lebih tinggi daripada kebiasaannya.
“Saya pun baru je beli tiket penerbangan ke Kelantan beberapa hari lepas. Saya akui harganya memang agak tinggi tapi saya rasa amat berbaloi untuk mengelak daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
“Tak kisahlah naik kereta atau kapal terbang, yang penting kita dapat berjumpa dengan keluarga tersayang. Semangat beraya tahun ini memang lain macam. Sebab itu saya sanggup menyediakan segalanya untuk menjadikan suasananya meriah.
“Saya memang tak sabar nak beraya sebab tahun ini kita dah boleh buat segalanya bersama-sama,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia juga mahu melupakan kisah sedih pada tahun lalu apabila dia terpaksa beraya seorang diri di Kuala Lumpur selepas dijangkiti Covid-19.
Sekadar informasi, nama Aliff semakin dikenali setelah singlenya yang berjudul Perit mendapat sambuatan yang agak luar biasa.
Sehingga kini lagu tersebut telah meraih lebih hampir 2 juta tontonan di laman Youtube sejak pertama kali dimuat naik pada tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aliff Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Meerqeen akui senang melihat perjalanan kerjaya rakan-rakan seangkatannya di program realiti, Hero Remaja 2020 yang kini semakin mendapat tempat didalam industri seni tanah air.
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, impian tersebut sebenarnya memang sudah lama disematkan sejak pertama kali mereka menyertai program berkenaan.
“Sejujurnya saya sangat gembira melihat progress mereka. Kami sama-sama menyertai program realiti, Hero Remaja 2020 dengan satu tujuan iaitu untuk menjadi pelakon yang berjaya.
“Bila tengok rakan-rakan seangkatan saya semakin berkembang di dalam industri seni tempatan, saya turut tumpang gembira. They’re my brothers,” katanya kepada MH.
Jelas pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini lagi, setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dia tidak kisah untuk bersaing secara sihat.
“Sejujurnya perasaan menggugat atau tergugat itu memang langsung tiada. Saya punyai kekuatan tersendiri dan begitu juga mereka. Tiada istilah ‘aku lagi hebat daripada kau’. Bagi saya, itu tidak sihat.
“Kita kena pastikan suasana industri ini terus dipenuhi dengan semangat-semangat positif. Sokong antara satu sama lain. Kalau mereka ‘meletop’, saya akan sokong mereka sampai lagi ‘meletop’.
“Saya selalu berikan reaksi menerusi perkongsian-perkongsian mereka di Instagram stories,” kongsinya lagi.
Kongsi pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini lagi, dia juga tidak mahu terlalu memikirkan mengenai individu-indivu yang mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya.
“Kalau ada yang rasa tergugat atau iri hati dengan apa yang telah saya kecapi, harapnya mereka dijauhkan. Lebih baik kita dekatkan diri dengan orang-orang yang sentiasa berusaha untuk sama-sama memajukan diri ke tahap yang lebih baik.
“Tipulah kalau saya tidak berjumpa dengan orang sebegitu. Sebolehnya saya akan cuba elak. Pada saya, mereka bukan sebahagian daripada ‘circle’ saya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Meerqeen merupakan pelakon kelahiran Hero Remaja 2020 sezaman dengan Nadhir Nasar, Aniq Suhair dan Hariz Hamdan.
Terdahulu, Meerqeen bakal muncul menerusi drama terbaru terbitan platform penstriman, Viu yang berjudul Nenek Bongkok Tiga arahan Datuk Yusry Abdul Halim.
Selain Meerqeen, drama ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...