Pelakon Yatt Hamzah berdepan dengan situasi cemas apabila anaknya, Suci Hawa Zulaikha jatuh ke lantai setinggi satu meter selepas terlepas daripada dukungan kakaknya.

Lantas, Yatt bergegas ke Hospital Pusrawi untuk mendapat rawatan lanjut mengenai kesihatan anaknya yang berusia 50 hari itu.

“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari baru saja jatuh atas lantai selepas kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.

“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” tulisnya.

Menerusi laporan Harian Metro, anaknya kini dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital, namun masih perlukan pemantauan.

IKLAN

“Dia ada bengkak sedikit di kepala tetapi tidak boleh x-ray sebab masih terlalu kecil.

“Ubat pun tak boleh bagi. Doktor kata macam stabil setakat ini. Bagaimanapun, masih perlukan pemantauan dalam tempoh 24 jam.

“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke hospital,” katanya seperti dipetik.

IKLAN

Yatt menyedari insiden itu apabila mendengar tangisan Hawa.

“Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu.

“Apabila Hawa menagis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh,” katanya.

IKLAN

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Alhamdulillah mengambil keberkatan Jumaat Sayyidul Ayyam, Bonda tunjukkan wajah baby #SuciHawaZulaikha yg kini berusia 1 bulan 22 hari dengan berat 5 kg.❤ . Juga pd kesempatan ini, Bonda dan seluruh ahli keluarga nak ucapkan terima kasih tak terhingga di atas doa ikhlas dr semua buat Puteri Bongsu Hawa ini berikutan insiden dia jatuh semalam. Hanya Allah yg mampu membalasnya..🤗🤲 . Baby Hawa setakat ini dlm keadaan stabil. Doktor dah periksa tubuh si kecil ini dan hanya ada sedikit lebam selepas jatuh setinggi 1 meter ke atas lantai. Terima kasih Allah yg menghantarkan MalaikatNYA utk melindungi si kecil ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Cuma Bonda masih kena pantau keadaan baby Hawa jika dia muntah2 yg serious dan berterusan, Bonda akan kejarkan Hawa semula ke hospital. . Mohon doa di Penghulu Hari yg Mulia ini agar tiada kecederaan dalaman yg serius. Krn baby Hawa msh terlalu kecil, X-ray dan ubat2an tidak sesuai baginya. Maka tiada apa yg boleh dilakukan semalam di hospital melainkan Doa dan pemantauan rapi oleh Bonda. . Nak tgk wajah terkini baby Hawa pagi tadi masa dia baru bangun tidur, boleh swipe left ke gambar no 3-7. Semoga #SuciHawaZulaikha membesar dg sihat dan jadi anak yg Solehah sama juga buat kakak2nya #theSucis yg lain.. Aameen ya Jabbar.. 🤲❤ Please be strong my lil Angel #SuciHawaZulaikha 💪🤗❤ . Bonda MOHON SGT2 mana2 yg nak PUJI BABY HAWA, DIDAHULUI DGN MEMUJI ALLAH… MASHAALLAH.. SUBHANALLAH.. TOLONG YA..🙏🙏🙏 . . #babyHawa #Hawa #anakBondaYatt #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYHshare #Alhamdulillah #Hawa1bulan22hari #baby #lilmujahidah #lilsuci #Suci Blanket cum Swaddle by @anggerikbaby Baby Mattress by @babysnuggler

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Apa-apa pun, kami di MH mendoakan agar Hawa diberikan kesembuhan.

Foto/ Sumber: Instagram Yatt Hamzah, Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI