Pelakon Yatt Hamzah berdepan dengan situasi cemas apabila anaknya, Suci Hawa Zulaikha jatuh ke lantai setinggi satu meter selepas terlepas daripada dukungan kakaknya.
Lantas, Yatt bergegas ke Hospital Pusrawi untuk mendapat rawatan lanjut mengenai kesihatan anaknya yang berusia 50 hari itu.
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari baru saja jatuh atas lantai selepas kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.
“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” tulisnya.
Menerusi laporan Harian Metro, anaknya kini dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital, namun masih perlukan pemantauan.
“Dia ada bengkak sedikit di kepala tetapi tidak boleh x-ray sebab masih terlalu kecil.
“Ubat pun tak boleh bagi. Doktor kata macam stabil setakat ini. Bagaimanapun, masih perlukan pemantauan dalam tempoh 24 jam.
“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke hospital,” katanya seperti dipetik.
Yatt menyedari insiden itu apabila mendengar tangisan Hawa.
“Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu.
“Apabila Hawa menagis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh,” katanya.
Apa-apa pun, kami di MH mendoakan agar Hawa diberikan kesembuhan.
Foto/ Sumber: Instagram Yatt Hamzah, Harian Metro