Bekas isteri kepada Chef Fikree, Zuriehan Ben Yahya masih meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap bekas suaminya itu di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Zuriehan menceritakan konflik rumah tangganya itu yang dikhabarkan telah berpisah.

“yang malam tu dekat rumah ara damansara awak tak bagi saya masuk..cakap awak yg bayar sewa.

“saya nak ambik kunci awak rebut smpai lebam tgn saya. dan semalam jugak dekat rumah keramat awak ulang bnda yg sama.

“hello saya dlm tempoh edah. saya dgn anak.boleh stay lagi situ dlm masa tiga bulan .

“baru ceraikan saya 3 hari dah nak halau saya. bagila saya cari rumah dulu. dendam dgn saya pun tak payah nak provoke2 saya.

“saya ni perempuan..awak tu lelaki..belajar silat pulak tu. sampai sudah nak buli saya.

“stop please stop. saya dgn jayden akan keluar. cukuplah buat saya macam pengemis.

Lantas, perkongsian Zuriehan itu sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Lalu, netizen turut memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada pasangan ini supaya segala urusan dipermudahkan.

Untuk rekod, chef Fikree atau nama sebenar Mohd Fikree Najib Aznan merupakan seorang pengacara untuk program masakan Dapur Panas yang ditayangkan di TV3.

View this post on Instagram

🌩🌬🌧💧

A post shared by Cheffikreeaznan (@cheffikreeaznan) on

View this post on Instagram

Dah kalut nak balik kampung ke?

A post shared by Cheffikreeaznan (@cheffikreeaznan) on

Foto : Instagram Zuriehan