Semenjak melahirkan cahaya mata pertama, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini mengambil masa untuk berehat seketika daripada kerjaya seni bagi memberi tumpuan untuk membesarkan anaknya.

Bagaimanapun, dia tidak kisah untuk memulakan semula pengambaran lebih awal seandainya ditawarkan naskah yang baik.

“Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan… “Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan… “Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan…

“Sebenarnya kalau ada naskah yang betul-betul bagus dan best, saya tak kisah nak mulakan pengambaran awal,” tulisnya.

Mira berkata sedemikian menerusi sesi soal jawab di ruangan Instagram stories.

Ads

Pada masa sama, pelakon filem Sangkar ini juga berasa sebersalah untuk meninggalkan anaknya itu dalam jangka masa yang agak lama.

“Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan… “Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan…

Katanya lagi, dia kini baru memahami perasaan para ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak atas tuntutan kerja.

Ads

“Semalam keluar tengok Mat Kilau pun mata asyik tengok jam dan gambar Amir dekat skrin phone je. Rasa sedih tengok dia padahal pergi tengok wayang je.

“Hmm itulah, nak tinggalkan Amir untuk kerja dua tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan ibu-ibu baharu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Mira baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada tanggal 10 Mei lalu.

Ads

“Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan… “Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan… “Baru Faham Perasaan Ibu-Ibu Baru,” – Tak Sanggup Tinggalkan Anak Lama, Mira Filzah Sedia Mula Shooting Asalkan…

Sekadar informasi, Mira dan suami, Wan Emir Astar telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mira Filzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI