Pelakon dan finalis Dewi Remaja 2014/15, Mawar Rashid mendedahkan dia dan suami, Raff Yaakob tidak membawa anaknya, Raden Muhammad Rafael untuk sama-sama bercuti ke London atas kekangan kesihatan yang dialami putera sulung mereka itu.
Kongsinya menerusi entri terkini di Instagram, dia bagaimanapun sudah menempah tiket untuk Rafael, namun bintang itu mengambil keputusan tersebut memandangkan Rafael baru sahaja keluar dari hospital.
“Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael. See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi. Dia pun baru keluar hospital haritu.
“Kita tak tau apa penyakit kalau bawak g airport and luar negara tu. so as for now kitorang avoid dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi. Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat. Gonna miss you sayang.
“Duduk baik2 sama Abai (nenek) ya,” tulis Mawar sambil memuat naik foto bersama permata hatinya itu.
Dalam perkembangan lain, bintang itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, TQ Captain di samping suaminya, Hisyam Hamid, Harris Anuar dan ramai lagi.
Drama berkenaan kini sedang rancak bersiaran di slot Mega Drama di Astro Ria dan Ria HD.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI