Reda akan pemergian anak lelakinya, Pitt Hanif yang telah kembali kerahmatullah pada 28 Oktober lalu, pelakon senior Fauziah Nawi tenang menghadapi dugaan dariNya.
Malah, bintang yang mesra disapa Ibu Fauziah Nawi itu juga berkongsi kenangan manis kerita sama-sama mengadakan barbecue (BBQ) beberapa hari sebelum Allahyarham meninggal dunia.
“MasyaaAllah campur hari @pitthanif hilang hingga ke hari buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif ditemui hingga dihantar kepersemadian mu sudah 23 hari mama dan nyawa Pitt hidup tanpa mu.
“Akhir bertemu mu hai buah hati ketika kau bercuti dari penggambaran film #COASTGUARDS kerana Raya Haji,” tulisnya.
Dalam pasa itu, Fauziah menyifatkan bahawa sikap Allahyarham juga berbeza dari sebelumnya; lebih banyak mendiamkan diri dan jarang berbual.
“Baru mama perasan Pitt lebih banyak tidor. Waktu kita buat Bbque Pitt tak mcm selalu. Farid buat sorang.
“Pitt hanya keluar bila kami asyik panggil Pitt utk mkn atau tolong bakar kambing ke sotong ke udang ke. Idea Bbque pun spontan.
“Pitt juga jarang bercakap dgn mama. Whenever I called u text me saying…sorry mama..bz…shooting ongoing…or …sorry mama line here is bad.
“But I wasn’t angry coz.I understand. I know u were injured while u shoot #COASTGUARD n u kept telling Kerinting how tired u were.
“You missed everybody at home…you wanna GO HOME. Pitt you’re now safely HOME.LOVE U PITT N MY PRAYERS FOR YOU BABA ATOK MAK NEK ENDLESSLY,” luahnya lagi.
Terdahulu, mayat Pitt ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, terbalik dan terbelah dua ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu.
Malah, bot fiber yang dinaiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan rakannya tercampak ke dalam sungai.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mayat Pitt 500 meter dari lokasinya terjatuh.
Jenazah Pitt atau nama penuhnya Mohd Firdaus Mohd Hanif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat dua hari kemudiannya.
Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto: Instagram Fauziah Nawi