Pelakon Ozlynn Watie awal malam tadi ada memuat naik foto beserta kapyen lucu melibatkan dirinya sekeluarga.
Bintang ini ada berkongsi mengenai betapa sukar untuk dia dan suami mengisi masa bersama.
“Bila ko nak melepak berdua kat umah.. xkan berjaya sb hanya 5minit saja ko akan merasa.. selebihnyaaaaaaaaaaaaaaa sume akan menempel.
“Nape eh.. anak2 korg pon sama ke akan selit bila tgk kita somi isteri duk sblh2…? Normal kan?? Baru masok bilik trus dtg ketuk.. papaaaaaaa oo papaaa.. boleh masok??,” tulisnya.
Lalu, kenyataan yang dibuat Ozlynn dihujani dengan komen netizen, termasuk rakan selebriti.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Foto: Instagram Ozlynn Wati