Pelakon dan usahawan sambal, Betty Rahmad sering kali berkongsikan aktiviti seharian yang dilakukan anak tunggalnya, Ardy Wira menerusi laman sosial miliknya.
Terbaharu, perkongsian Betty mengenai kelancaran anaknya yang baharu sahaja berusia empat tahun menghafaz surah-surah Al-Quran berjaya meraih perhatian netizen.
Betty atau nama sebenar, Norsha Rahmad, 41, berkata ia sudah menjadi rutin untuk Wira menghafaz beberapa surah lazim sebelum masuk tidur pada waktu malam.
“Rutin setiap hari Wira sebelum tidur, boleh cuba. Tapi ini versi dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum.
“MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.
“Semoga kamu jadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga,” tulis Betty di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji hasil didikan Betty yang juga merupakan adik kepada pengarah, Erma Fatima dan pelakon, Datin Paduka Umie Aida.
“MasyaAllah, anak soleh ni,” komen pelakon Anzalna Nasir.
“Anak soleh ni bijaknya,” titip pelakon Ika Nabella.
“Siap bertaranum lagi tu, MasyaAllah, semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
>
View this post on Instagram
“Subhanallah..Wira ada suara yang lunak. Boleh jadi imam nanti, insyaAllah. Tahniah buat ibu bapa Wira, moga menjadi anak soleh dunia akhirat.
“Amboi dia punya tarranum, idgham bukan main lagi. Hai la anak soleh, nnti boleh jadi imam mummy,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis pada 4 Februari 2018 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI