Pengasas kosmetik sensasi, Safiey Illyas ada berkongsi mengenai kekecewaaannya terhadap segelintir golongan wanita yang mengkritik seseorang secara melampau.
Perkongsian berkenaan diluahkan penyanyi Syinta Gila itu menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia tidak faham apabila bukan semuanya wanita berhijab itu seorang yang baik.
“Baru syinta faham x semua yg betudung tu baik . Kdg mulut mengomen menakutkan sgt2.
Ads
“Mcm kes dewi remaja tu . Tp siapalah kita nk mghukum org kan ? So dh betudung tu jaga la sikit mulut dan akhlak.
“Jiwa muda memang biasa komen x fikir dulu,” tulisnya.
Ads
Malah, dia turut mengakui baru terbuka hati untuk kembali kepada fitrah, tetapi terpaksa difikir kembali.
Pelakon Fezrul Khan turut terkesan dengan tindakan usahawan dan selebriti sensasi, Sajat yang didakwa mengenakan telekung di Tanah Suci Mekah.
Jelasnya menerusi satu posting di Instagram, tanah haram bukan tempat untuk meraih publisiti.
Tambah pelakon ini lagi, tindakan penyanyi Makhluk Penggoda itu diibaratkan sebagai mencabar kesucian agama Islam sewaktu mengerjakan ibadah umrah seolah-olah sengaja mengundang bala.
“Brother Sajat Brother Sajat, nak cari publisiti pun jangan dekat tempat suci lahans.
“Brother Sajat ko nak crack tempat lain orang tak jadi masalah tapi ko crack dekat tempat suci. Bala diturunkan bukan dekat ko seorang je. Orang lain akan kena tempias sekali.
“Contoh ko di sambar petir dekat Kaabah, orang lain tak kena tempias sekali ke? Ingat Kaabah pun pernah disambar petir kalau kau belajar sejarah mengenai Kaabah la. That’s for your information,” kongsinya.
Pelakon, Emma Akma menyifatkan kanser dalam perut dan cyst pada kiri serta kanan ovarinya merupakan satu ujian besar.
Apatah lagi, bintang berusia 52 ini pernah mendedahkan, dia memerlukan sekitar RM50,000 bagi menjalani pembedahan.
Bagaimanapun menurut pemilik nama lengkap Noorakma Yunus ini, dia bersyukur apabila jumlah sumbangan yang diperlukannya kini sudah mencecah lebih RM20,000.
Bantuan yang disalurkan menerusi akaun banknya itu semakin meningkat sejurus kisah penderitaannya mendapat liputan media, baru-baru ini. Malah, beberapa rakan selebriti dan produser turut sama tampil memberi bantuan.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang sudi menderma sehingga berjaya dapat RM20,000 dalam tempoh empat hari. Walau RM1 pun saya sangat-sangat hargai kerana ia mampu selamatkan nyawa saya.
“Ia sekali gus membuatkan saya lebih bersemangat untuk melawan kesakitan ini. Alhamdulillah, saya juga dapat panggilan daripada Institut Kanser Negara (IKN) untuk menjalani pemeriksaan pada Khamis ini.
“Dengan jumlah sumbangan yang ada sekarang, saya takkan menunggu lama dan terus melakukan pemeriksaan itu. Jika IKN boleh lakukan pembedahan itu, lagi saya bersyukur dan harap dapat dilakukan segera,” katanya.
Pelakon yang pernah muncul menerusi siri Gerak Khas ini juga mendedahkan, dia sedang kuatkan semangat kerana ketumbuhan dalam perutnya itu boleh pecah pada bila-bila masa sahaja.
“Sekarang saya cuma mahu fokus untuk segerakan pembedahan itu dengan wang sumbangan yang ada. Ini kerana kalau ditangguh, ketumbuhan itu boleh pecah bila-bila masa dan membawa maut.
“Kalau misalnya tiba-tiba saya pergi, suami dan keluarga saya boleh gunakannya untuk urusan bayaran hutang serta pengebumian. Saya mohon maaf dan minta halalkan sumbangan kalian semua itu.
“Saya tak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik semua yang sudah menghulurkan bantuan. Saya cuma mahu doa kamu semua agar saya diselamatkan serta urusan pembedahan dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Emma ditemui di kediamannya serentak dengan kunjungan dari wakil kumpulan artis veteran juga, Tukiman Radion dan Norlydiawati Shahibullah yang turut tampil menyumbangkan cek berjumlah RM1,050.
Terdahulu, Emma tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan sebesar saiz bola sepak serta cyst pada kiri dan kanan ovarinya.
Dia mengakui buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu perlukan kos sebanyak RM50,000.
Sementara itu, Emma masih berharap dapat mengumpul kos pembedahan yang diperlukan dan sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menolak kenyataan konon bahagia hanya di Instagram, namun kesedihan secara realiti,Ramona Zamzam memberi pandangan, dia tidak sesekali menyalahkan masyarakat atas stereotaip yang berlaku.
Bagaimanapun jelasnya kepada MH, bukan semuanya begitu.
Soalnya, bagaimana pula dengan seseorang yang benar-benar bahagia dan hanya mahu berkongsi momen istimewa di Instagram.
“Sekarang banyak komen mengatakan sekiranya kita terlalu tunjukkan kebahagiaan, namun di sebalik topeng itu, kita sedih dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Saya sangat tidak gembira dengan kenyataan tersebut kerana iasangat tidak benar.
“Bagaimana pula sekiranya seseorang benar-benar gembira dan hanya kongsikan momen istimewa? Adakah anda mahu seseorang yang bahagia itu tunjukkan sisi sedih semata-mata kerana tanggapan tersebut? Kenapa mahu buat begitu kerana kami memang tiada masalah.
“Saya faham dan tidak salahkan masyarakat kerana terlalu banyak kes melibatkan selebriti begitu. Bahagia di Instagram dan tiba-tiba bercerai.
“Namun saya mahu semua tahu, bukan semua begitu. Saya sendiri cukup bahagia dengan perkahwinan dan bertuah dikurniakan suami yang cukup sempurna. Masalah kecil memang biasa berlaku, namun tidaklah sehingga dipukul.
“Saya sangat menghargai setiap momen istimewa dengan keluarga dan sebab itu saya kongsikan di Instagram.
“Netizen sudah cukup bijak untuk menilai. Mereka tahu siapa yang terlalu mencuba sehingga kelihatan canggung untuk bahagia,” jelasnya ketika ditemui di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.
Bekas finalis Dewi Remaja 2009 ini turut mengakui dia dan suami jahil dalam perihal agama namun tidak pernah culas dalam soal tanggungjawab dalam rumah tangga .
“Kadang kala saya takut untuk berkongsi kebahagiaan kerana tanggapan negatif netizen. Saya sangat bertuah ditemukan dengan suami.
“Saya akui kami jahil dalam perihal agama. Berpenampilan seksi dan suami boleh menerimanya. Saya tidak nafikan. Namun dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan ayah yang baik.
“Apabila bercinta semuanya kelihatan baik sahaja, begitu juga selepas berkahwin. Namun hubungan benar-benar diuji selepas anak lahir. Seseorang lelaki itu akan dinilai daripada keupayaan dia menjaga anak.
“Saya tidak mampu bayangkan hidup tanpa suami. Dia lebih pandai dalam soal penjagaan anak. Bayangkan apabila anak dengan saya. Banyak hal tidak terduga berlaku, anak pernah tersepit tangan pada pintu kereta ketika dalam penjagaan saya,” jelasnya yang baru sahaja pulang daripada bercuti di Switzerland dengan keluarga.
Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan puteri sulung, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!