Pengasas kosmetik sensasi, Safiey Illyas ada berkongsi mengenai kekecewaaannya terhadap segelintir golongan wanita yang mengkritik seseorang secara melampau.
Perkongsian berkenaan diluahkan penyanyi Syinta Gila itu menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia tidak faham apabila bukan semuanya wanita berhijab itu seorang yang baik.
“Baru syinta faham x semua yg betudung tu baik . Kdg mulut mengomen menakutkan sgt2.
“Mcm kes dewi remaja tu . Tp siapalah kita nk mghukum org kan ? So dh betudung tu jaga la sikit mulut dan akhlak.
“Jiwa muda memang biasa komen x fikir dulu,” tulisnya.
Malah, dia turut mengakui baru terbuka hati untuk kembali kepada fitrah, tetapi terpaksa difikir kembali.
“Syinta baru nk jd laki balek nk kahwen dgn prmpuan betudung tp xpe lah syinta fikir 100x balek,” kongsi Safiey lagi.
Lalu, posting berkenaan turut ditinggalkan pelbagai komen di kalangan netizen. So what say you? Kita doakan yang baik-baik saja ya…
Foto: Instagram Safiey Ilyas