Konsert minggu ke-3 Kilauan Emas 2024 menyaksikan dua peserta iaitu Dino dan Hamid telah pun tersingkir.
Kedua-dua mereka gagal menambat hati para juri menerusi persembahan masing-masing seterusnya memperoleh markah terendah sebanyak 57.48% dan 56.04%.
Sementara itu, Maria pula tampil cemerlang saat membawakan lagu dangdut, Penawar Rindu lantas merampas kembali kedudukan pertama dengan markah tertinggi sebanyak 75.85%.
Bukan setakat itu, Maria turut memperoleh gelaran berganda apabila dinobatkan selaku pemenang Emas Berkilau Of The Week untuk dua minggu berturut-turut.
Dino & Hamid Ucap Selamat Tinggal
Selepas dua minggu tiada penyingkiran, Dino dan Hamid terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat pentas Kilauan Emas 2024.
Ketika ditemui, Dino memaklumkan dirinya menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka selain turut menyifatkan ia merupakan lumrah dalam program pertandingan.
“Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Apa boleh buat? Saya sudah cuba sehabis baik dan termampu. Nasib tak menyebelahi saya,” katanya.
Ditanya sama ada dia merasakan dirinya layak tersingkir minggu ini, Dino enggan mengulas lanjut.
“Saya buat kesilapan pada lirik pertama dan kedua tapi saya dapat catch up semula tapi ini keputusan pihak juri. Saya no komen. Saya terima keputusan ini. Ini adat bertanding,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hamid pula memanjatkan rasa syukur kerana dapat menimba ilmu di program Kilauan Emas 2024 meskipun terpaksi meninggalkan rakan-rakan yang lain.
“Sepanjang tiga minggu ini, saya bersyukur dapat berada di sini. Banyak pengalaman bersama cikgu vokal, cikgu tarian dan krew-krew yang banyak beri tunjuk ajar.
“Dari tak pandai menari, boleh menari mungkin rezeki saya sampai di sini,” katanya.
Pada masa sama, Hamid akui kesilapan lirik sedikit mengganggu fokusnya ketika persembahan.
“Saya buat soundcheck sebanyak tiga kali. Ketika itu, semuanya okay. Bila live, tiba-tiba saya blank. Saya memang agak ralat. Mungkin saya terlaku yakin malam tadi,” ujarnya lagi.
Lupa Lirik Ganggu Fokus
Selain Dino dan Hamid, masalah lupa lirik ini turut terjadi kepada beberapa peserta lain.
Pada pandangan MH, masalah seperti ini mungkin berlalu disebabkan para peserta terlalu gemuruh atau banyak memikirkan mengenai ‘showmanship’ ketika persembahan.
Disebabkan kesilapan tersebut, para peserta mula hilang arah dan ia jelas kelihatan pada raut wajah.
Ina dan Gie juga merupakan antara peserta yang berdepan masalah sama namun berjaya mengatasi semula dengan menampilkan kualiti vokal yang mantap di pertengahan persembahan.
Seperti minggu sebelumnya, kesilapan sama turut berlaku kepada Budin. Disebabkan kesalahan lirik saat membawakan lagu Bila Cinta Didusta, fokus Budin nyata terganggu.
Namun, suasana di Royal Theatre Shah Alam nyata apabila penonton sama-sama menyanyi untuk membantu Budin menamatkan persembahan.
Berikut adalah markah penuh para peserta Kilauan Emas 2024 di minggu ke-3;
Terdahulu, konsert minggu ketiga Kilauan Emas 2024 malam tadi telah dinilai oleh juri tetap, Erra Fazira dan Roy Azman manakala Datuk Hattan bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Azrul Rafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal bulan lepas, penyanyi rap, Altimet pernah mengumumkan bahawa dia akan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun.
Ternyata, esok (Jumaat) merupakan album terakhir Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sekaligus merupakan album kelima buatnya.
Menerusi akaun Instagramnya pula, Altimet telah meluahkan rasa sedihnya itu dan memohon maaf sepanjang bergelar anak seni.
“Esok, album solo aku yang kelima & terakhir akan dizahirkan. Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambik gambar sama sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana2la. Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku utk hiburkan diri atau orang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Bunga itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang selama ini menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi.
“Terima kasih semua yang berbual pasal lagu2 aku samada secara positif atau negatif. Korang semua memainkan peranan langsung & tak langsung dalam perjalanan aku ni. Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni,”tulisnya lagi.
Disamping itu, anak kelahiran Selangor itu turut menyatakan bahawa ada kisah disebalik album terbarunya itu.
“Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik. Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni. Ingat, dalam album ni ada kisah dulu2 aku. Kalau ada yang jahil tu, paham2 ah aku bukan mcm tu lagi, dulu2 dah habis.”akhiri Altimet.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen berdukacita atas keputusan Altimet itu (berhenti menyanyi) dan ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana telah mewarnai industri muzik tanah air.
Foto : Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey kini difahamkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor selepas disyaksi diserang slip disc.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Syahirah A Rahman menerusi laman Instagram milik Fad.
Menurut Syahirah, Fad kini terpaksa berehat buat sementara waktu daripada terlibat dalam apa juga pekerjaan dan program luar.
“Fad kini terpaksa berehat buat sementara waktu. Kalau ada apa-apa urusan boleh hubungi isteri dia ya,”tulisnya.
Pada masa sama, Syahirah memaklumkan dia dan Fad kini sedang menantikan keputusan (Magnetic Resonance Imaging) bagi mengenal pasti mengenai penyakit tersebut.
“Doktor syak ada slip disc dan tengah tunggu nak buat MRI. Lepas ni kalau nak ajak dia main bola lagi kena fikir banyak kali dan dapatkan approval,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga segalanya baik-baik sahaja buat Fad.
“Allahu, semoga kembali pulih segera Fad,” komen pelakon, Beto Kusyairy.
“Allahuakbar, semoga dipermudahkan Fad,” kata pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu.
“Allahu, get well soon abangku,” komen pelawak Daniel Zaini.
“Moga cepat sembuh. Banyakkan rehat bro,” balas penyampai radio, AG Azmeer.
“Lu kuat der. Apa barang slip disc. Steady,” kata pelakon, Sheila Rusli.
Menerusi foto yang dikongsikan, Fad dilihat sedang terbaring di katil hospital.
Sekadar informasi, Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Rita Rudaini bersuara mengenai isu disiplin pelajar, khususnya yang membabitkan institusi pendidikan, menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Luahannya itu...