Selepas dua hari ditahan di hospital akibat keracunan makanan, pelakon Adam Corrie Lee kini meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Adam, 50, berkesempatan berkunjung ke zoo negara bersama isteri, Fazima Fuad dan anaknya, Adam Fateh Lee.
“Alhamdulillah saya sudah sihat. Terima kasih yang mendoakan kesihatan saya.
“Semoga Allah memberikan kemudahan, dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik & kebahagian dunia & akhirat pada kalian semua,” tulisnya.
Lalu,rata-rata memuji semangat Adam yang baru sahaja beransur pulih dan dapat meluangkan masa bersama keluarga.
Terdahulu, Adam dan Fazima berkahwin pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki,Adam Fateh Lee, 1 tahun 3 bulan.
Foto:Adam Corrie