Tiba-tiba nama penyanyi dan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Sasha Saidin menjadi perhatian apabila dia telah didakwa sebagai sebagai perampas.
Malah, anggota kumpulan Elite ini juga turut didakwa menjadi punca suaminya, Sirhan Wahab berpisah dengan isteri terdahulu.
Memetik Gempak, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memberikan penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
“Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami.
“Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Sasha turut akui dirinya tidak terkesan dengan dakwaan yang telah dibuat selain memberi bayangan tahu akan siapa gerangan yang menulis emel terbabit.
“Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, sebuah blog hiburan ada memaparkan satu emel yang mendakwa suami kepada artis tersebut, dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab.
Emel yang dilayangkan turut mendakwa, keduanya juga menjalinkan hubungan sulit sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda beberapa tahun selepas itu.
Malah suaminya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita dari Kuala Lumpur dan dibawa tinggal bersama di Dubai.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita itu bersalin.
Terdahulu, Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.28 malam, pada Isnin.
Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin dinikahkan adiknya yang juga pelakon, Zain Saidin.
Atas perkahwinan tersebut, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 berserta tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran RM10,000, manakala pihak perempuan menyerahkan lima dulang.
Sumber/Foto: Gempak, Beautifulnara, Intagram ABPBH