
Amboi Black, isteri baru sahaja habis pantang lalu mengadakan majlis akikah Rindu Dayyana baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyanyi bersuara lantang itu ada berseloroh mahu tambah anak lagi.
Dalam foto yang dikongsikan di laman Instagram, dia memuatnaik kapsyen “MUMMY…rasanya dah boleh tambah anak sorang lagi kot,”
Black dan pasangannya, Cira atau Naquia Yasirah Mohamad Khairi diijabkabul pada 13 September 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Khaleef Dayyan, 4 tahun dan Rindu Dayyana, tiga bulan.
View this post on InstagramA post shared by @cirakhairy (@black.hanifah) on
Rata-rata peminat terhibur dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Foto: Instagram Black Hanifah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit

Demi menyokong usaha murni untuk membantu golongan seni yang memerlukan, Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka.
Antara perancangan yang dibuat termasuk menyediakan sumbangan untuk mengisi tabung khas bagi membantu insan-insan seni yang berhadapan kesempitan hidup atau menghidapi penyakit.
Tabung khas tersebut juga akan dibuka kepada pengunjung Saloma Kuala Lumpur agar mereka juga berpeluang untuk turut serta menghulurkan derma.
Presiden Kumpulan Saloma Kuala Lumpur, Datin Rosmariza Dato Che Umar berkata, bagi merealisasikan inisiatif tersebut, pihak beliau akan bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bagi tujuan berkenaan.
“Restoran Saloma Kuala Lumpur akan menyemarakkan semangat setia kawan yang menjadi pegangan artis-artis lama seperti Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee sendiri.
“Inisiatif ini juga merupakan penghormatan kami kepada legenda seni dan budaya negara dan diharapkan nama-nama besar ini akan terus hidup melalui usaha menyantuni mereka yang masih ada bersama kita,” katanya.
Terdahulu, majlis doa Selamat ‘Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat’ turut dianjurkan di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini untuk memohon rahmat dan keberkatan.
Malah ia menjadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air seperti Zaiton Sameon, Isma Aliff, Sofia Ibrahim, Mak Jah, Shuib Freedom serta golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan pelajar tahfiz.
Terletak di tengah-tengah ibu negara, Saloma Kuala Lumpur menampilkan gabungan seni kulinari dan budaya warisan Melayu yang turut diinspirasikan oleh keunggulan seni Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Ia direka dengan elemen seni bina klasik Melayu, lengkap dengan dekorasi yang memaparkan era kegemilangan dua legenda seni negara tersebut.
Muzik latar di restoran ini turut menampilkan barisan lagu ikonik mereka, mencipta suasana nostalgia sambil para pelanggan menikmati pelbagai menu istimewa yang menggabungkan resipi Melayu tradisional dengan sentuhan moden.
Bakal beroperasi selama 24 jam, Saloma Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan ruang jamuan eksklusif untuk majlis peribadi, kemudahan parkir yang luas serta pentas mini yang sesuai untuk persembahan nyanyian secara langsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jaga Aib Pasangan Hingga Akhir Hayat, Kita Dah Janji Dengan Allah,” – Didie Alias

Pelakon dan pengacara terkenal Didie Alias mengakui perpisahan merupakan perkara menyakitkan yang terpaksa dilalui oleh segelintir pasangan suami isteri.
Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, walau bagaimanapun pengakhiran sesebuah hubungan rumah tangga, aib pasangan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Perpisahan itu sakit. Bahagia itu indah. Bila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir hayat,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Cina Buta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, kita juga kena reda dengan setiap dugaan yang berlaku ketika di alam rumah tangga.
“Manis ditelan. Pahit pun ditelan. Baru darjat kita diangkat tinggi dan dipanjang mulia. Kita sudah berjanji dengan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga pada 8 Mei 2009 dengan Isham yang merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan itu, Didie dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia sepuluh tahun.
Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31, Mohd Dhanial, 30, Nur Dinie, 28, Nur Dayini, 26, dan Nur Diyana, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Didie Alias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Kali Pertama Mak Kamu Rasa Menang,” – Suria FM Nombor 3 Terbaik, Luahan Sharifah Shahirah Kepada Oddah Buat Ramai Tersentuh

Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya selepas stesen radio, Suria FM berjaya mendaki tangga ketiga sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia.
Berkongsi perbualan bersama anak perempuannya, Adurra Zulkifli atau lebih mesra disapa Oddah, Shahirah memberitahu, ini merupakan kali pertama dia merasai nikmat kemenangan sepanjang bergelar penyampai radio.
Sedar posisinya sebagai pelawak, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini akui bersyukur diatas pencapaian tersebut.
“Oddah, mak kamu ni kerja deejay tahu. Pelawak-pelawak ini diambil menjadi deejay sebab nak masuk bertanding. Namun, tidak dilupakan juga deejay-deejay yang bagus dan petah bercakap kebanyakkan mereka ada di RTM.
“Kami yang pelawak ini hanyalah sebagai penghibur. Bagus atau tidak, mak pun tak tahu. Tapi alhamdulilah Oddah, selama mak kamu bekerja, ini pertama kali mak kamu rasa menang.
“Mak tak pernah menang sebab mak bekerja dengan orang yang suka bersaing. Bila stesen radio itu menang, mak pun tumpang menang sekali. Mak kamu pun rasa tenang. Oh, macam ni rasanya bila menang,” katanya.
Video perbualan tersebut dikongsikan oleh Shahirah menerusi entri terkini di Instagram.
Tambahnya lagi, pencapaian tersebut merupakan berkat kerja keras semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik buat stesen radio Suria FM.
“Walaupun dapat nombor tiga, tapi kami selalu cakap yang kami ini nombor satu. Kami memang suka berangan. Mungkin lama-lama nanti hajat itu dimakbulkan insyaAllah.
“Tahniah Suria FM. Semua penat bekerja tu. Semua banyak solat dan berdoa. Kerja pun betul-betul. Disitu datangnya berkat,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tersentuh mendengar perbualan tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah Shahirah
“Akaklah nadi Suria,” komen pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro.
“Tahniah kakak. Syukur ya Allah alhamdulilah,” balas Shuib Sepahtu.
“Akak nangis ke tu. Bengkak je mata. Alhamdulilah yayy,” kata penyampai radio, Feeya Iskandar.
“Tahniah kak. Alhamdulillah akak layak gembira dengan kemenangan ini. Akak ikon. Nasib baik jauh, kalau dekat nak peluk akak ni,” balas isteri Ajak, Afifa Hanim.
Terdahulu, Shahirah merupakan penyampai bagi segmen Suria Petang bersama gandingannya, Tyzo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahirah & Suria FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI