Pelakon dan pengacara, Norman Hakim mengakui dirinya turut berduka cita atas pemergian ibu kepada sahabatnya yang juga merupakan penyampai radio, Radin Era.
Menurut Norman, meskipun pada luarannya Radin dilihat agak bersahaja, namun dia tahu apa yang dilalui amat berat untuk ditanggung.
“Disebalik senda dan gelak ketawa, sebelum undur diri dan akhir kata bila saya bertanya dan buka cerita, sahabat saya sempat berkongsi betapa beratnya dia nak terima hakikat yang mama tersayangnya dah tak ada.
“Baru seminggu kembali kepada Sang Pencipta. Ujian untuk dia dah tiba. Untuk kita yang masih ada yang tercinta, wallahualam tak pernah terbayang macam mana nak menghadapinya bila tiba masa,” tulisnya.
Katanya lagi, dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana caranya untuk dia mengharungi detik tersebut andai satu hati nanti ibu bapanya pula yang pergi mengadap Illahi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Memey Suhaiza ini turut menyeru kepada kepada semua pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga arwah ibu Radin ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Mohon sahabat-sahabat semua sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH (dibaca) buat Ruh mama tercinta kepada sahabat saya @radin_era , Allahyarhamah Feridah Binti Hashim yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H seminggu yang lepas
“Semoga Ruh Allahyarhamah ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman…Aamiin Ya Rabb,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Norman bakal muncul dalam salah sebuah episod MHthrowback yang dihoskan oleh Radin tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Norman Hakim