Baru sahaja menimang cahaya mata keempat 14 Februari lalu, pemain bola sepak Zaquan Adha baru sahaja membeli sebuah kereta, untuk dihadiahkan buat isterinya, pelakon Ayu Raudhah.
Penghargaan buat isteri tercinta itu diketahui menerusi Instagram individu di akaun @hafisnaserr yang memaklumkan, pemain bola sepak itu ada membeli sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada isteri yang baru sahaja melahirkan anak.
Ads
“Alhamdulillah Syukur, berkat Rezeki Allah , Saya Dapat Berurusan Dengan @zaqone_08 Harimau Malaya & Kedah Football Player,” tulisnya.
Kongsi indivudu tersebut lagi, proses pembelian dilakukan sangat mudah dan hanya berurusan menerusi WhatsApp dan panggilan telefon sahaja.
“Deal Yang Sangat- Sangat Mudah , Deal Melalui Whatsapp & Call Sahaja , Kereta Tak Tengok Lansung Whatsapp Gambar Sahaja.
Ads
“Terima Kasih Abg Zakuan Adha Mempercayai Kerja Saya & Khidmat Saya Untuk Membeli Kereta Baru Beliau Untuk Dihadiahkan Kepada Isteri Beliau Melahirkan Anak Ke Empat Beliau …Taniah Saya Ucapkan Kepada Abg Zakuan Sekeluarga,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mahu membuktikan bahawa artis hip hop juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama penyanyi-penyanyi ternama tanah air untuk sama-sama beraksi di pentas-pentas berprestij.
Menurut Joe, artis hip hop perlu mempunyai impian besar dan dia bersedia untuk membuka jalan bagi memastikan impian tersebut tercapai.
“Setiap kali kami dapat beraksi di pentas-pentas besar, ia merupakan peluang untuk membuktikan yang kami layak untuk berada di situ. Kami yang saya maksudkan itu adalah artis-artis hip hop.
“Membuat persembahan di atas pentas bersama nama-nama besar ini adalah peluang untuk memberikan motivasi dan inspirasi kepada lapisan artis-artis baharu.
“Saya nak tunjukkan bahawa ini tahap yang mereka boleh capai. Bukan nak kata saya bagus tapi saya ada peluang untuk buat persembahan bersama band orkestra dan artis ternama,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Apa Khabar berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 baru-baru ini.
Pada masa sama, Joe kini teruja apabila stigma terhadap budaya hip hop kini sudah berubah.
“Muzik hip hop ini tiada batasnya. Lihat sendiri temasya Sukan Olimpik Paris 2024, ada acara breakdance. Kena ingat, 20 tahun lepas, kalau penari breakdance menari di tengah Kuala Lumpur, mereka akan kena halau.
“Kini beratur orang nak bergambar dengan mereka. Itu menunjukkan walaupun muzik hip hop ini melalui banyak cabaran, kita telah berjaya tempuh dan harungi.
“Tugas saya juga sebagai seorang yang lebih veteran adalah untuk membuka pintu-pintu buat artis hip hop tempatan agar mereka juga dapat kesempatan seperti ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Joe turut memuji karya-karya artis hip hop terutamanya para pendatang baharu yang kini kerap mengungguli carta muzik tempatan.
“Data menunjukkan muzik Hip Hop sebagai genre yang diterima ramai daripada semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh lagu daripada artis baharu, 53 Studios iaitu PP Di Bukit Tabur.
“Lagu tersebut berada di kedudukan 5 terbaik carta lagu untuk beberapa bulan tanpa bantuan daripada radio atau tv. Sejak dua tahun lepas, ada banyak lagu berada di carta nombor satu seperti Satu Malam Di Temasek dan Swipe.
“Kalau tengok carta Spotify, dalam 30 lagu, kebanyakkannya artis hip hop. Malah, ada artis underground seperti Gard. Evolusi muzik hip hop kini sudah tiada diskriminasi,” akhirinya.
Terdahulu, Joe bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah, Datuk Seri Rossa dan Dayang Nurfaizah untuk Konsert Divas & Diamonds 2024 yang akan berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.
Tiket sudah pun mula dijual pada harga RM288 sehingga RM888.
Lima peratus daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan buat mangsa negara bergolak Palestin yang akan disalurkan terus kepada pihak kedutaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang individu tampil mempertikaikan kuputusan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri yang meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua bagi dua orang anaknya.
Menurut individu itu lagi, Shuhada dilihat seperti terlalu mengejarkan dunia glamour sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang patut dia jaga pun. Anak kecil lagi, si mak duduk sibuk sangat sampai tiada masa. Dah tu pergi mahkamah nak mintak letak nama si nenek untuk jadi penjaga kedua.
“Tak ke terang lagi nyata si mak kepada budak-budak ni busy sangat dengan kehidupan ala glamorous dia ni? Kalau nak sangat jaga anak, nak menang hak jaga, tak payah letak nama mak hang sebagai penjaga kedua kot. Toxic gila.
“Lagi toxic dari bekas laki dia. At least bekas laki dia tak merentan sangat dekat social media. Ada batas nak kena jaga. Selalu lepas cerai, kebanyakannya lelaki yang bukan main merentan.
“Ni terbalik. Kesian anak-anak jadi game kat court,” tulisnya.
Enggan berdiam diri, Shuhada tampil mempertahankan dirinya untuk menjawab tomahan daripada individu yang dipercayai berselindung di belakang akaun palsu.
Jelas Shuhada, dia harus keluar bekerja bagi menyara kedua-dua anaknya.
“Ini contoh manusia gigih buat fake account nak tembak benda terang terang perkara bullshit. Kita simpan buat proofs siapa yang merentan.
“Dah kalau tak busy cari duit, kau nak kasi duit ke? Sembang la ada batas nak kena jaga,” tulisnya di Instagram Stories.
Lantaran itu, Shuhada turut mendedahkan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya individu berkenaan terus mengganggu dan melontarkan tuduhan tidak benar.
“Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, sendiri menyesal nanti. Aku bukan Shuhada yang lama bro yang bodoh. Sekarang, kau cari pasal, kau menjawab,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Shuhada memaklumkan mahmakah telah menetapkan Januari 2024 sebagai sebutan baharu bagi keputusan hak penjagaan anak-anaknya.
Sekadar informasi, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuhada Shukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!