Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa belum bersedia memberikan sebarang jawapan berhubung desas desus yang mendakwa dia sebenarnya sudah menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan usahawan, Aliff Awang.
Menurut Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu bila tiba masa yang sesuai.
“Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga. Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan.
“Saya belum bersedia untuk berkongsi memgenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat,” katanya kepada MH
Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE di Sunway Velocity Mall, pada Sabtu.
Bercakap mengenai penampilan terkininya yang sudah tampil berhijab, pelakon filem Tentang Bulan ini memaklumkan dia kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik.
Ads
“Saya pun tiada membuat sebarang kenyataan bila dan punca saya tergerak hati intuk bertudung. Saya tak nak orang kata saya menunggang agama.
“Saya selalu bagitahu yang saya kini sedang berusaha menjadi muslim yang terbaik. Ada kalanya saya memakai jubah dan bertutup habis dan ada masa pakaian saya biasa-biasa sahaja.
“Saya mula bertudung pada tahun lepas sejak pulang daripada umrah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fatin akui teruja apabila dipilih untuk menjadi duta bagi produk penjagaan kulit wajah daripada Korea Selatan, L.SOULLE.
Ads
“Tahun lepas saya memang sedang mencari produk penjagaan kulit wajah. Kemudian pihak L.SOULLE mengubungi saya.
“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi.
“Saya minta untuk cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia.
“Alhamdulillah okay. Saya tidak akan ambil produk sembarangan. Sata tak tahu nak menipu,” akhirinya.
Ads
L.Soulle ialah jenama penjagaan kulit kecantikan yang bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.
Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea yang terdiri daripada lima jenis produk Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.
L. Soulle juga telah berjaya menembusi pertubuhan runcit Korea yang terkenal termasuk Lotte Duty Free dan kedai “pop-up” cawangan Hyundai.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas memaklumkan berita gembira mengenai kandungannya yang kini sudah pun mencecah usia enam bulan, Izara Aisyah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video pendek di Instagram.
Mengenakan gaun labuh rona hitam, pelakon Ombak Rindu The Series itu dilihat mengusap-ngusap perut hamilnya.
“#itstrue #6months,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu memetik Harian Metro, bintang yang dijangka bakal melahirkan anak sulung April depan itu merakamkan rasa syukur apabila doanya untuk mendapatkan zuriat dimakbulkanNya.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan suami. Pastinya berita sebegini ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.
“Cuma, sebelum ini saya dan suami memang merancang. Kalau boleh pada awal perkahwinan kami ingin menikmati momen berdua dulu.
“Apabila disahkan mengandung, tentu saja ia sesuatu yang menggembirakan. Tapi, saya simpan dulu sebab masih terlalu awal nak berkongsi.
“Apa saja boleh terjadi ketika itu. Jadi sekarang ini waktu sesuai untuk berkongsi. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Izara dan suaminya, Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 600,000 kali.
Pelakon cantik yang baru saja menimang cahaya mata pertama Jumaat lalu, Anzalna Nasir memaklumkan ada yang bertanya mengenai kaedah bersalin yang dijalaninya.
Bagaimanapun ujar Anzalna, itu semua tidak penting kerana baginya, yang lebih utama ialah bayi yang dikandung selamat dilahirkan dan insan tersayang ada disisi untuk memantau.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.
“Czer atau normal? Mommies, soalan itu tak penting! Sakit tetap sakit! Yang paling penting, bayi selamat dilahirkan, sihat dan suami ada di sebelah menemani dan menjaga kita.
“Sekarang ni, anak i ni ikut muka siapa? Tapi muka dia berubah-ubah pun sebenarnya.😅 I love you! @hanif_zaki,” tulis Anzalna sambil disusuli dengan tanda palang #TheBestMomentOfMyLife.
Insiden melibatkan pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap bulan lalu kini berakhir menerusi cara paling mulia.
Keduanya saling bermaafan ketika masing-masing bertemu di sebuah premis malam tadi.
Menerusi keratan video dari Instagram BH Online, Lan dan Yahya atau mesra disapa Pak Ya dilihat bersalaman dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku pada 6 April lalu itu.
“Sekarang ni bukan kerana wang, kerana kesilapan masing-masing untuk berbuat baik. Malah bulan Ramadhan pun nak dekat dah..
“Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih..
“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya.
Dalam pada itu, Lan turut berasa kesal atas tindakannya yang mengasari warga emas terbabit.
“Saya rasa diri ini lemah sangat. Lepas kejadian macam ni saya nak minat maaf..
“Ia makan masa berminggu.. Dengan nyawa dan roh badan, saya dengan humble nak minta maaf pada Pak Ya, anak-anak dan keluarga untuk pertemuan sesi maafkan saya.
“Itu niat saya.. terima kasih Pak Ya umur dah 68 pun masih berkerja dan dapat maafkan saya lagi,” balas Lan rendah diri.
Terdahulu, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul Pak Ya.
Malah, abang ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.
Sumber : Instagram Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!