
Tanggal 24 Mei pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah pun selamat menimang anak kedua, Alisha Aisyah.
Sudah memiliki setengah juta pengikut di Instagram, Hanis yang menjaga media sosial anaknya itu gembira kerana pengikutnya tidak pernah jemu mengikuti akaun yang sering dikemas kini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat bilangan pengikut bayi comel itu yang sudah mencecah 502,000 pengikut.
View this post on InstagramPakaian mandi dari @happikiddo_ 👙
A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on
View this post on InstagramGood morning 3months old Alisa. Dah pandai kenal orang 😍
A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on
Terdahulu, Hanis selamat melahirkan Alisa pada bulan Ramadan (24 Mei lalu).
Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Foto : Instagram Alisa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Tahun Depan Saya Jadi Pengantin,” – Pantun Raya Ameera ‘Diaminkan’ Jefri Nichol, Letak Emoji ‘Love’ Pada Nama

Perkongsian ucapan raya daripada adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan mengundang perhatian warganet apabila berkongsi pantun yang turut terselit mengenai perkahwinan.
Menerusi Instagram miliknya, Ameera menulis pantun sambil berseloroh berharap agar tahun hadapan dia bakal bergelar raja sehari.
“Ada rendang ada ketupat, Masuk mintak jangan lambat, Kalau tidak diambil orang, Sudah berkenan terus bincang.
“Asyik ucap salam aidilfitri, Bila pula you nak salam my wali? Selamat hari raya, maaf zahir batin. Moga tahun depan saya jadi pengantin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Apa yang menarik, teman yang didakwa dengan rapat dengannya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol turut ‘mengaminkan’ pantun tersebut pada ruangan komen.
Respon berkenaan turut menerima ratusan tanda suka daripada pengikut masing masing sambil disusuli dengan reaksi pelbagai.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Ameera juga turut meletakkan emoji berbentuk hati warna ungu pada nama aktor tersebut berlatar belakangkan jambangan bunga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fizo Omar, Mawar Karim Sah Cerai Talak Satu

Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka, akhirnya pelakon dan ushawan, Fizo Omar telah melafazkan cerai talak satu dengan isterinya, Mawar Abdul Karim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, hari ini.
Lafaz cerai dibuat Fizo atau nama lengkapnya, Wan Hafizol Wan Omar, 33, di hadapan hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan lebih kurang jam 10.55 pagi tadi dalam satu prosiding sebutan.
Permohonan cerai dibuat usahawan yang sinonim disapa Mawar Karim, 30, selaku plaintif mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Fizo yang juga merupakan pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2007/08 dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.
Terdahulu, Mawar didakwa sudah menemui peguam terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.
Fizo dilaporkan beraya di Kelantan, manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.
View this post on InstagramDoakan yang baik-baik buat Fizo-Mawar #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara!

Selepas tujuh minggu diuji dengan pelbagai cabaran, kini program realiti pencarian bakat, Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya seterusnya mengumumkan juara baharu bagi edisi ke-11.
Bagi salah seorang finalisnya, Mierul Aiman, dia merasakan perjalanannya di Hero Remaja 2021 sememangnya bukan mudah lebih-lebih lagi untuk bersaing dengan 11 peserta yang lain.
Katanya lagi, setelah berhempas pulas memberikan aksi yang terbaik pada setiap minggu, Mierul memasang impian untuk menamatkan program ini selaku juara.
“Perjalanan di Hero Remaja 2021 boleh diibaratkan seperti roller coster. Masa awal-awal dahulu memang saya selalu terkejut dengan setiap cabaran yang diberikan.
“Tapi selepas tujuh episod, saya semakin selesa membawa diri terutamanya bila berhadapan dengan kamera. Setiap episod, saya amat menitikberatkan soal kreativiti suapa saya sentiasa berbeza dengan peserta lain.
“Fokus saya ketika ini adalah untuk menamatkan program Hero Remaja 2021 ini sebagai juara,” katanya kepada MH.
Jejaka berketinggian 178 cm yang berasal daripada Putrajaya ini berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH baru-baru ini.
Ketika namanya dicanang-canang selaku pilihan untuk menjuarai Hero Remaja 2021, Mierul menganggap perkara tersebut terhasil daripada kerja keras yang ditunjukkan pada setiap minggu.
“Sebenarnya saya sering mengutamakan untuk tampil berbeza di setiap cabaran. Selepas episod ketiga, tugasannya banyak tertumpu mengenai lakonan dan pengacaraan. Bermula dari situ, para peserta lain dah mula tunjukkan ‘taring’ mereka.
“Saya merupakan seorang yang suka bereksperimentasi. Buat sesuatu yang belum pernah saya cuba. Setiap episod para peserta lain akan sentiasa menunjukkan peningkatan, jadi kita tak boleh tertinggal.
“Cabaran terbesar saya adalah untuk sentiasa berada di satu tahap yang berbeza dan menyerlah berbanding peserta yang lain,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya ini turut meletakkan sasaran jelas untuk menempatkan namanya sebaris pelakon-pelakon filem dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
“Sebelum menyertai Hero Remaja 2021, saya ada menyertai beberapa kelas dan akademi teater sekadar untuk memenuhi minat saya dalam bidang lakonan. Selepas menyertai kelas tersebut, Hero Remaja pula buat ujibakat. Waktunya memang sesuai.
“Minat saya memang ke arah bidang lakonan. Selepas tamat program ini, saya meletakkan sasaran untuk membintangi dua atau tiga filem dalam tempoh lima tahun,” akhirnya.
Terdahulu, Mierul bakal bersaing dengan tiga finalis lain iaitu, Fazziq Muqris, Afiq Hamidon dan Aqil Taqee bagi merebut gelaran juara Hero Remaja 2021.
Pentas Finale Hero Remaja 2021 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria dan On Demand pada Sabtu, 6 November bermula jam 9 malam.
Sementara itu, anda juga boleh mengundi 12 finalis kegemaran anda bagi ketegori Hero Favourite di www.remaja.my/hero.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI