“Basuh Tangan Dulu Sayang, Lepas Tu Kumur,” – Mila Jirin Ajar Anak 3 Tahun Ambil Wuduk, Habis Basah Lencun!

Share

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin baru-baru ini ada berkongsi satu rakaman video spontan lalu dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, kelihatan penyanyi lagu Persis Mutiara ini sedang mendidik anak tunggalnya, Mohd Arif Zikri cara untuk mengambil wuduk dengan betul.

“Basuh tangan dulu sayang, lepas tu berkumur. Pandai…,” kata Mila menerusi video pendek yang sudah pun ditonton hampir 9,000 kali itu.

Menerusi ruangan komen pula, Mila turut menulis kapsyen secara seloroh seloroh lalu turut disambut dengan beberapa komen pengguna Instagram lainnya.

“Habis lencun,” tulis penyanyi berusia 33 tahun itu.

Terdahulu, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin, mendirikan rumah tangga bersama Isz Mustapha pada November 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri yang kini mencecah usia lebih 3 tahun.

Foto: Instagram Mila Jirin

Published by
Nazar Rafiqhi