“Batal Permohonan Trademark Nama Harimau Menangis,” – Tiada Niat Nak Tutup Rezeki, Datin Noor Kartini Buat Sidang Media Mohon Maaf

Share

Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai isu yang membabitkan ibu kepada hos terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini.

Insiden ini terjadi selepas seorang individu telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan perbualan Kartini mengenai jenama perusahaan makanan miliknya, ‘Daging Harimau Menangis by Aunty Tini Kitchen’.

Berikutan perkara tersebut, Kartini selaku pemilik jenama berkenaan telah tampil memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu sidang media secara ‘virtual’, hari ini.

“Asalamualaikum semua, saya ingin berterima kasih kepada sahabat media yang sudi meluangkan sedikit masa hari ini berkenaan isu daging harimau menagis yang sedang tular di media sosial.

“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakaan keadaan.

“Untuk maklumat semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat yang mungkin. Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan dan juga untuk melindugi ejen-ejen jualan kami dari masalah produk tiruan.

“Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya dari Allah SWT. Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu lagi dipanjangkan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini. Stay safe dan terima kasih,” katanya.

 

Published by
Nazar Rafiqhi