Pereka fesyen, Shanell Harun ada berkongsi satu video pendek yang merakamkan dirinya bersama pelakon, Uqasha Senrose di sebuah gedung kain terkemuka.
Menerusi video yang kini sudah pun mendapat tontonan lebih 20,000 kali itu, Uqasha dan Shanell dilihat seperti membincangkan sesuatu.
Malah, pereka fesyen tersebut turut dilihat sedang memegang kain polos putih.
“Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,” tulisnya sebagai kapsyen sambil disertai dengan emoji berbentuk hati.
Meski tidak dapat dipastikan mengenai sebab pertemuan tersebut, namun rata-rata peminat di ruangan komen memberikan reaksi positif seterusnya mengharapkan yang terbaik buat Uqasha.
“Semoga dipermudahkan segala urusan, baju nikah ke baju bridesmates ni?,” tanya seorang pengguna Instagram.
“Bau nasi minyak dah dekat,” tulis seorang lagi pengguna lain.
Sebelum ini, bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menjadi wajah koleksi pengantin pereka feysen tersebut bagi tahun ini.
Sementara pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021 lalu, Uqasha turut dilamar kekasihnya, Kamal Adli secara langsung, sekali gus mengesahkan wujudnya hubungan istimewa di antara mereka.
Foto: Instagram Shanell Harun, Uqasha Senrose