Uncategorized

Bawa Anak Ke Set, Nad Zainal Mahu Anak Fahami Kerjayanya Sebagai Pelakon – “Bagi Dia Faham, Kenapa Mommy Balik Lewat.”

Share

Pelakon, Nad Zainal berkongsi pengalaman apabila membawa anak sulungnya, Fahad Ibrahim ke set penggambaran drama, baru-baru ini.

Aktres drama bersiri Dendam Seorang Isteri ini pada masa sama turut memuat naik rakaman video momen tersebut menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Sebagai pelakon, Nad mengakui dia sering pulang lewat ke rumah lantas tindakannya itu pernah menjadi persoalan oleh anaknya, sebelum ini.

Maka jelas pelakon berusia 31 tahun ini membawa anak lelaki itu ke set penggambaran bertujuan mahu memberikan pendedahan awal kerjaya seorang pelakon.

“Fasha Sandha duduk di kerusi dia bawak, Yem Boy duduk di kerusi Fasha Sandha bawak.

“tebal muka aku nak oiiii apa mommy nak jawab dengan Jemyma.. dah la dia benci mommy.. sebab buat mak dia…@fashasandha.

“semalam adalah hari bawa anak ke kantor.. bagi dia faham.. kenapa mommy balik lewat.. tapi dia happy pulak semalam.. risau pulak esok dia minta nak ikut lagi,” tulisnya.

Sekadar informasi, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Nad Zainal

Published by
Nazar Rafiqhi