Bawa Anak Naik Helikopter Pergi Pulau, Peminat Kata ‘Ini Next Level’ Bila Lihat Momen Cuti Hairul Azreen & Hanis Zalikha!

Share

Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dilihat mengisi masa dengan membawa dua anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah bercuti ke sebuah pulau peranginan.

Apa yang menarik, video yang dikongsi kedua mereka memaparkan momen ‘terbang’ ke pulau dengan menaiki helikopter!

“Holiday with my family after long time.. From KL to Island #SayaTenangDiLaut,” tulis Hairul pada ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut pantas menerima perhatian warganet dan rakan selebriti yang tidak ketinggalan meninggan komen masing-masing.

Ada yang memuji dan tak kurang yang ralit melihar gelagat comel dua permata hati mereka.

“This is next level,” tulis netizen

“wah kayangan sangatt,” luah rasa kagum seorang wargamaya.

“Tudia, bukan biasa2 … Usaha mereka dalam mencpai kehidupan yang sekrng pon bukan senang setanding dgn usaha mereka,” tulis lagi seorang netizen.

“Wowwww my universe tu perfect dengan kak hanis punya memories tu. aaaa sukalah tengok, happy je,” peminat teruja.

“Sukanya tengok Alisa hehehe seronok dia,” kongsi peminat lainnya.

“Bukan kayangan… tapi keselamatan anak-anak musim Covid ni. Duit boleh cari, nyawa kesihatan kena jaga. Good job,” puji peminat.

“True definition of kaya… ni tak semata-mata nak nampak kaya, main campak-campak duit depan kamera,” antara komen yang ditinggalkan.

Mereka turut sama memuat naik suasana sama menerusi Insta Stories masing-masing.

Sekadar informasi, Hairul dan Hanis berkahwin pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar,4, dan Alisa Aisyah, 2.

Foto: Instagram Hairul Azreen

Published by
MH