Bawa Buai Bayi Sangkut Dalam MRT!

Share

Baru-baru ini negara kita baru sahaja melancarkan pengangkutan awam terbaru iaitu MRT dan secara tidak langsung menjadikan negara kita seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Namun di sebalik kemajuan ini, ada sahaja gelagat dan ragam pengguna MRT ini yang tidak baik untuk dicontohi, antaranya seperti baru-baru ini baru sahaja dilancarkan sudah ada yang membuat vandalism dan terkini ada yang membawa buaian bayi ke dalam MRT.

Sungguh pelik gelagat penumpang ini sehingga mengundang kritikan daripada orang ramai.

Terdapat dua keping gambar yang dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook, Nana Abd Rashid yang memaparkan penumpang dengan buaian bayi yang disangkut dalam MRT dan anak-anak yang tidak duduk di kerusi penumpang dengan betul malah memanjat kerusi itu sambil bergayut pada tempat pemegang tangan di bahagian atas.

“Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik mrt.. Tolong la kak, jgn bg malu bangsa melayu… Anak-anak tu kalau blh pantau skit, jaga harta benda awam bersama…

 

“Boleh pulak dia bawa buai sangkut dlm mrt.. keselamatan anak tanggungjawab mak bapak,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT.

 

“Mohon rakyat Malaysia menjaga keselamatan dan harta benda awam ketika menaiki pengangkutan awam..,” tulis tuan punya Facebook.

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh pemilik akaun Facebook ini, seharusnya sebagai ibu bapa kita sepatutnya memantau keselamatan anak-anak supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

Mungkin kerana begitu teruja dapat menaiki MRT yang baru sahaja dilancarkan ini mereka seperti terlupa tentang pentingnya keselamatan diri.

Apapun kepada pengguna-pengguna kenderaan awam di luar sana, sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menjaga harta benda awam dan keselamatan diri masing-masing. Peringatan buat semua.

Sumber: Facebook Nana Abd Rashid

Published by
Izzati Ramli