Bawa Isteri Pergi ‘Honeymoon’ Di Pulau Bali, Nazrief Nazri Kongsi Momen Indah & Romantis!

Share

Setelah mendirikan rumah tangga pada 15 November yang lalu, pelakon Nazrief Nazri telah membawa isteri tercinta untuk pergi berbulan madu.

Kongsi pelakon berusia 28 tahun itu, dia pergi berbulan madu bersama isteri di Pulau Bali, Indonesia.

Malah, Nazrief turut berkongsi momen indah tersebut di akaun Instagram miliknya.

“i want to grow old together with u,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memuji pasangan ini yang kelihatan sangat romantis dan secocok bersama.

Untuk rekod, Nazrief telah mendirikan rumah tangga bersama Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November lalu di Seavoy House, Titiwangsa.

Foto: Instagram Nazrief Nazri

Published by
Nazar Rafiqhi