Viral di laman media sosial sejak beberapa hari ini mengenai kes seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa cuba membunuh diri berkaitan konflik cinta.
Insiden itu berlaku apabila pelajar tersebut difahamkan memanjat dan berjalan di atas bumbung sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian masyarakat, termasuk pelakon dan usahawan Fizo Omar.
“BAWA MENGUCAP DIKK Jauh lg perjalanan kau dikk, baru 13 tahun jngn ambil jalan singkat.. Percaya la bila kau dewasa nanti mesti kau menyesal dngn apa yg kau cuba buat ni.. Walaupun dia reject kau, kau patut bersyukur ramai lg yg sayang kau, support kau.
“Kau ada kawan2, family, cikgu2 semua.. Ingatlah dorg semua & lepas ni kau belajar betul2 sampai berjaya, time tu nanti kau jngn risau pasal girlfriend apa semua. kau tak payah cari, dorg yg cari kau nanti dikk percayalah kata pakcik ni Kredit : Harian Metro” tulisnya.
Lalu, perkongsian pelakon yang berusia 33 tahun itu telah mendapat komen netizen yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Fizo.
Menurut laporan yang dikongsikan Fizo menerusi Harian Metro, remaja tersebut mengalami masalah tekanan percintaaan.
Bagaimanapun, remaja itu berjaya diselamatkan selepas 30 minit dipujuk oleh bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.
Foto : Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI