Tahniah diucapkan buat penyanyi Aina Abdul yang dinobatkan sebagai juara idol di program Vokal Mania final malam tadi.
Selama sembilan minggu bersaing, bintang tang kini popular menerusi lagu Semalammenewaskan barisan idol lainnya iaitu Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.
Berkongsi mengenai kemenangannya itu, Aina akui ada beberapa perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatannya di dalam Vokal Mania.
“Sejujurnya, ada dua perkara yang tak boleh saya lupakan sepanjang menyertai Vokal Mania. Pertama, ketika saya terpaksa membuat persembahan live dari rumah kerana menjalani proses kuarantin.
“Ketika itu, band yang saya tampilkan bersama di rumah mendapat kritikan dan dipanggil sebagai band orang kahwin. Saya menghormati pandangan terbabit tapi jauh di dasar hati, saya rasa terkilan kerana kami meletakkan sepenuh usaha di minggu tersebut.
Ads
“Disebabkan itu, saya menampilkan orang yang sama, band yang sama di pentas akhir Vokal Mania mengiringi saya di persembahan solo menyampaikan lagu Shadow dan I Surrender.
“Kedua, sewaktu saya menyanyikan lagu Reflection di minggu kelima. Ketika itu, saya menghadapi masalah dengan monitor di telinga (in-ear monitor) atas kesilapan teknikal.
“Waktu saya sedang menyanyi, saya mendengar suara orang bersembang di in-ear monitor dan akhirnya saya hilang fokus.
Ads
“Kesalahan itu saya letakkan kepada diri saya sendiri kerana tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap nyanyian.
“Saya belajar dari insiden terbabit dan selepas itu, saya tak boleh berharap 100 peratus terhadap monitor dan harus memberikan fokus terhadap persembahan,” katanya seperi yang dipetik Tonton Xtra.
Pada masa sama, kemenangan tersebut juga menjadi penutup manis dalam kerjaya seninya tahun ini.
“Tak terungkap penghargaan dan rasa berterima kasih saya kepada semua pihak. Saya amat hargai usaha keras team saya, tenaga produksi, pihak TV3 dan terutama sekali kepada penyokong saya, Ainations yang memberi aura positif setiap hari.
Ads
“Saya anggap kemenangan ini sebagai penutup manis bagi tahun 2020 dan berharap tahun 2021 akan lebih bersinar,” katanya lagi.
Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara, Aina meraih hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi Vokal Mania.
Sementara Sharifa Aisha Retno pula diumumkan sebagai juara Rookie Vokal Mania untuk musim pertama sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi.
Sumber, Foto : Xtra Tonton, Instagram TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila penerbit drama popular, Datuk A.Aida mengetengahkan isu mengenai siapa yang berminat jadi pelakon perlu berwajah cantik dan kacak bagi bawa watak utama.
Secara tidak langsung, kenyataan tersebut telah mendapat reaksi dari rakan artis sendiri.
Bagai kebetulan, pelawak Achey ada memuat naik gambar throwback di akaun Instagramnya yang mengenakan kaca mata hitam dan rambut disikat rapi.
“Nak jadi hero… ermm tak layak kot sbb saya dari #bintangmencaribintang … #sedardirisedarruang ,” tulis Achey.
Foto tersebut dimuat naik Achey awal hari ini itu turut menerima komen pelbagai dari netizen.
Untuk rekod, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah merupakan juara program realiti, Bintang Mencari Bintang musim pertama (2013) yang telah menewaskan Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat Josiah Hogan dan isteri, NurulHidayu Mohamed Nordin yang telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka pada Selasa.
Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 2.6 kilogram, kira-kira jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Memetik Harian Metro, pelakon dan model berusia 34 tahun itu menzahirkan rasa syukur memandangkan kelahiran dipermudahkan.
Dia bagaimana pun tidak menafikan wujud rasa sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.
“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.
“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.
“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” kata pelakon Mimpi Sabrina ini lagi.
Terdahulu, berita gembira tersebut turut dikongsikan bintang berkenaan menerusi posting terkininya di Instagram.
Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4.
Ia perkahwinan kedua pelakon terbabit. Menerusi perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Josiah Hogan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi hantaran berasingan pula, Jaja turut sempat memberikan reaksinya buat Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan bersempena majlis perkahwinannya bersama kakak kepada seorang penyanyi baru-baru ini.
Malah, Jaja yang juga merupakan peserta program realiti nyanyian, Getaran Jiwa turut mengingatkan Chot untuk tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap anak mereka.
“Tiada tanda tanya lagi. Persoalan dah terjawab. Dulu bahagia, sekarang tak.
Jodohku, Ayash bersama dedi tiada disebabkan team ira kazar
“Beribu ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak langsung tak hiraukan.
“Ada anak instant jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Lepas ni nafkah anak jangan lupa pulak,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Jaja kekal tabah mengharungi dugaan ini.
Sekadar informasi, Jaja dan Chot telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 18 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmed Sher Hayyaz yang lahir 18 Julai 2019.
Pada 2018, pasangan ini pernah diuji selepas anak pertama mereka yang baru berusia sebulan meninggal dunia kerana mengidap penyakit injap jantung terbalik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!