Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang kini telah bergelar ibu pada 1 Oktober lalu ada berkongsi cerita kisah rumah tangganya bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, aktres berusia 26 tahun itu telah mengimbau kembali kenangan bersama suami tercinta.
Difahamkan, Elfira dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan tahun yang pertama.
“To my beloved husband , thank you for making ny 2019 the best year ever. From menikahi saya , menjadi imam saya , memaksa saya makan ubat sehingga sorok dalam ice cream demi anak kita.
“Bawak saya pergi Umrah pertama kita , menjadi bahan jenaka saya tengok awak feeling-feeling ( the other side of faris yang korang tak nampak ) .
“Terima kasih jugak layan semua cravings saya , yang paling saya suka semua midnight snacks yang awak buat , maggi , roti planta gula & blended milo omg sooo sedap.
“dan gambar selepas itu , itu selepas faris gelak gelakkan el punya morning sickness dia pulak dapat. Serious kesian waktu tu hahahahha.
“terima kasih sebab kerja keras untuk keluarga kita & menjadi Ayah yang lejen untuk anak kita. Happy Anniversary again,” tulisnya.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Muhamad Rayyan Khalaf.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI