“Bawa Watak Pelacur Tersangatlah Penat Sebab…,” – ‘Juita’ Bukan Diri Sebenar Azar Azmi

Share

Mendukung watak pelacur bernama Juita menerusi drama Nur2 yang telah memulakan episod pertamanya dalam tadi dalam slot Samarinda TV3, Azar Azmi mengakui Juita bukanlah satu watak mudah untuk dibawanya.

Katanya ketika ditemui di sidang media Nur 2 di Kuala Lumpur pada Selasa, watak tersebut begitu sukar hingga beri kesan mendalam.

Ini kerana, setiap sisi perlu diambil kira misalnya dari segi gaya jalan, percakapan dan sebagainya.

“Setiap pergerakan Juita dalam drama Nur ini, baik dari segi dialog, gaya, jalan, bercakap dan semua benda kena buat dengan cara tersendiri.

“Senang cerita kena tampak menggoda dan seksi,” jelas Azar kepada MH.

Malah katanya lagi personalitinya sangat berbeza dengan Juita yang dibawa.

“Untuk bawa watak ni sebenarnya teramatlah penat sebab bukan diri kita yang sebenar, sedangkan saya seorang yang gila-gila,” katanya yang bertuah kerana turut mendapat kerjasama baik dari produksi Nur 2, termasuk pengarahnya.

“Nak pegang watak pelacur bukan senang. Keadaan ketika itu seram sebab bukan tempat pernah ke lokasi sedemikian.

“Kena pula shooting waktu malam, pakai baju seksi, tapi dengan tunjuk ajar dari Abg Ijad (Shahrulezad), saya mula ‘masuk’ dan cuba mendalami watak sedemikian,” ujarnya lagi.

Ditanya apakah cabaran dalam memegang watak berkenaan, dia mempunyai jawapan sendiri.

“Ada satu babak tu dalam kereta bersama Ustaz Adam (lakonan Syafiq Kyle), saya kena buat sampai 7-8 take sbb nak kasi nampak real,tapi itu hanyalah camera trick sahaja untuk nak nampak watak tu real dan menjadi,” katanya.

Drama Nur sebelum ini pernah mencipta fenomena apabila mencatat  sebanyak 11 juta penonton.

Malah, ketika ditayangkan pada Ramadan tahun lalu, Nur merangkul kejayaan bagi Anugerah Skrin (ASK) 2018 dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Published by
Amynur Akmal