Penyanyi dan pengacara Kelly Azman mendedahkan dia sanggup untuk berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki mikrofon peribadi seperti yang dilakukan beberapa bintang popular lainnya.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, dia membeli mikrofon berkenan memastikan lantunan vokalnya berada dalam keadaan baik selain menjaga aspek kebersihan.
“Mungkin ramai yang akan mempersoal tindakan saya mempunyai mikrofon peribadi. Sebenarnya mikrofon penting bagi setiap penyanyi atau mana-mana individu yang terbabit dalam industri muzik. Itulah instrumen penyanyi selain suara.
“Lagipun mikrofon peribadi ini akan sentiasa bersama kita dan tidak perlu berkongsi dengan orang lain. Ketika saya membeli mikrofon ini, jurutera bunyi menyarankan mikrofon yang serasi dengan suara saya.
“Ini kerana, mikrofon boleh buat suara saya ringan, apabila bercakap ikut tonasi suara kita. Tak perlu jerit-jerit, bercakap macam biasa pun dah jelas,” katanya.
Kelly menambah, mikrofon yang digunakan adalah model pertama yang dilancarkan di negara ini dan penyanyi terkenal, Khai Bahar antara artis terawal yang menggunakannya.
“Saya rasa gembira apabila idola saya menggunakan mikrofon jenama sama. Saya sempat hantar mikrofon ke Singapura untuk customize warna dan kebetulan Khai Bahar pun hantar ke sana. Dia warna hijau, saya putih,” katanya.
Maklum dengan kritikan susulan keputusannya untuk mempunyai mikrofon sendiri, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mahu bersikap rasional.
“Sudah ramai yang mulai mempersoal siapa saya nak pakai mikrofon sendiri. Itu hak sayalah nak pakai mikrofon sendiri, yang nak menyalak kenapa?
“Jujur saya tak hairan dengan apa orang cakap. Pesan saya kepada artis baharu yang nak berada dalam bidang seni suara tolong guna mikrofon sendiri.
Ia untuk keselamatan dan menjaga kebersihan kita sebagai artis agar tidak berkongsi mikrofon dengan orang lain,” katanya yang baru sahaja merakamkan single baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=VotVeLJFcbw
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya,The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilannya apabila tidak sempat menemukan anaknya, Laana Haura dengan nenda suaminya yang meninggal dunia, baru-baru ini.
Dia berkongsi berita sedih itu di laman Instagramnya, semalam.
“Innalillahiwainailahirojiun. Baru minggu lepas Fya dapat berjumpa dengan nenda suami di Kelantan.
“Bergurau senda, Cik ajar Fya kecek kelate, maskkan kami nasi minyak layan kami dengan baik dan gembira sangat-sangat dengan kedatangan kami (kami tak balik raya tahun lepas).
“Pagi ni kami dikejutkan dengan pemergiannya. Ya ALLAH sedih yang teramat sebab Cik nak sangat bertemu cicitnya, Laana Haura. Tak sempat kami nak bawak anak kami ke sana, Cik telah pergi.
“Semoga amal ibadahnya, diampunkan dosa-dosa beluau dan ditempatkan bersama para solihin. Aamin. Mohon doa anda semua untuk wanita yang sungguh baik dan mulia hatinya,” tulisnya.