Penyanyi dan pengacara Kelly Azman mendedahkan dia sanggup untuk berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki mikrofon peribadi seperti yang dilakukan beberapa bintang popular lainnya.

Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, dia membeli mikrofon berkenan memastikan lantunan vokalnya berada dalam keadaan baik selain menjaga aspek kebersihan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

“Mungkin ramai yang akan mempersoal tindakan saya mempunyai mikrofon peribadi. Sebenarnya mikrofon penting bagi setiap penyanyi atau mana-mana individu yang terbabit dalam industri muzik. Itulah instrumen penyanyi selain suara.

“Lagipun mikrofon peribadi ini akan sentiasa bersama kita dan tidak perlu berkongsi dengan orang lain. Ketika saya membeli mikrofon ini, jurutera bunyi menyarankan mikrofon yang serasi dengan suara saya.

“Ini kerana, mikrofon boleh buat suara saya ringan, apabila bercakap ikut tonasi suara kita. Tak perlu jerit-jerit, bercakap macam biasa pun dah jelas,” katanya.

IKLAN

Artikel Berkaitan;

“Saya Yakin Bakat Dikurniakan Allah,” – Rasa Tone Suara Sedap, Kelly Azman Lancar Lagu Raya Duet Dengan Kakak Tomok

“Anda Berhak, Terima Kasih Banyak,” – Ada Yang Kata Tak Kenal & Tak Layak! Juri ATNM Kelly Azman Beri Respon Pada Netizen

IKLAN

Kelly menambah, mikrofon yang digunakan adalah model pertama yang dilancarkan di negara ini dan penyanyi terkenal, Khai Bahar antara artis terawal yang menggunakannya.

“Saya rasa gembira apabila idola saya menggunakan mikrofon jenama sama. Saya sempat hantar mikrofon ke Singapura untuk customize warna dan kebetulan Khai Bahar pun hantar ke sana. Dia warna hijau, saya putih,” katanya.

Maklum dengan kritikan susulan keputusannya untuk mempunyai mikrofon sendiri, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mahu bersikap rasional.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

“Sudah ramai yang mulai  mempersoal siapa saya nak pakai mikrofon sendiri. Itu hak sayalah nak pakai mikrofon sendiri, yang nak menyalak kenapa?

“Jujur saya tak hairan dengan apa orang cakap. Pesan saya kepada artis baharu yang nak berada dalam bidang seni suara tolong guna mikrofon sendiri.

Ia untuk keselamatan dan menjaga kebersihan kita sebagai artis agar tidak berkongsi mikrofon dengan orang lain,” katanya yang baru sahaja merakamkan single baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=VotVeLJFcbw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI