Abby Abadi & Faizal Zakaria

Muhammad Faizal Zakaria, suami kepada Abby Abadi menerusi Harian Metro ada memaklumkan, bayi mereka kini berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.

Meski isterinya sudah dibenarkan pulang, namun pasangan ini masih menanti makluman terkini daripada doktor.

"Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.

“Hari ini, belum ada apa-apa maklumat terkini dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor," katanya seperti yang dipetik.

Ads

Menurut Faizal lagi, setiap hari isterinya akan ke hospital untuk menghantar bekalan susu ibu.

"Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu," katanya.

Ads

Sehingga kini, bayi pasangan Faizal dan Abby masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.

Hari ke 5 ….. Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 dtg jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU utk berbual2 dgn baby. Abah & mama tak mahu baby sunyi…abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama & sentuhan Abah juga kan sayang . Baby D Suka sebenarnya utk Abah kongsikan perkembangan baby pd kawan2 Abah & Mama. Tp Abah serba salah….. Abah tak pasti nk kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua2nya. Dari hari ke hari , rasa mcm tak kuat utk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dpt mendoakan kesihatan Baby ye sayang . Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama . Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya . Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang . Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana . Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on Oct 1, 2019 at 7:22am PDT


Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Ads

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Foto : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI