Selepas penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan mengenai kelahiran cahaya mata kedua, kini giliran penyanyi, Idayu pula berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahir cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.

Ia sekali gus menamatkan penantian selama tujuh tahunnya bersama suami.

Memetik laporan Mstar, Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob,  bayi tersebut telah selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

“Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung “Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung

Katanya lagi, pada awalnya dia jangka melahirkan bayi tersebut secara normal namun apabila bukaan telah mencecah 7cm, pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan bayi tersangkut di tali pusat.

Ads

“Ikutkan saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan dah 7cm. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.

“Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan tidak stabil. Sekarang pun baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah keadaan sekarang dah semakin baik.

“Bagi saya, walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun…dapa juga buah hati,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

“Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung “Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung “Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Idayu memaklum dia dan suami telah sepakat untuk menamakan anak mereka Aryan Rifai.

“Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat anaknya itu.

“Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung “Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung “Bayi Tersangkut Di Tali Pusat, Terpaksa Lalui Pembedahan,” – Hampir 7 Tahun Menanti, Idayu Selamat Bersalin Anak Sulung

Terdahulu, Idayu telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Shahrul Fadzil pada Mei 2014.

Sumber: Mstar & Instagram Idayu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI