Hos dan pelakon, Azwan Ali menyatakan rasa berang apabila seorang wanita telah didakwa memotong barisan ketika dia sedang beratur untuk memasuki sebuah premis.
Azwan yang juga hos Lagu Cinta Kita 2 itu berkongsi video berkaitan menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.
Marah dan geram, pengacara berusia 55 tahun ini meluahkan perasaan terhadap tindakan individu berkenaan yang disifatkan sebagai tidak beretika.
“Kau tengok ni betina puk*m*k bertudung labuh ni tiba-tiba sahaja ada depan Diva AA. Tadi orang lain yang beratur tapi orang tu tak tahu hilang kemana lepas tu orang ni ganti dia. Tak tahu lah penyedap dia ke apa.
Ads
“Sangat tidak beretika, orang lain beratur nak setengah mampus kau senang-senang nak masuk celah orang. Apa puk*m*k punya bangs*t?
“Bodoh punya Melayu harapkan bertudung jer harap neraka tempat kau! Haram jadah!,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 39 saat itu.
Ads
UN ETHICAL ! TYPICAL NASTY MELAYU PALING TERSIALLL MELAYU PALING 🐷🐷🐷🐷🐷🐷 BETINA SEMPUDAL BERTUDUNG LABUH YET POKIMAKKK BODOHHH! HAVE SOME RESPECT TO THE QUE ! BINATANG KO ! GTHHHH PUIII 🖕🖕🖕🖕🖕 YG GELUPUH DEFEND IBLISSSS NI ? BLOCKED pic.twitter.com/7fhZODPvZI
Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter lain turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tingkah laku terbabit dan berharap agar dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 11,000 kali di platform berkenaan.
https://youtu.be/wM9p9cpOzXA
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam ramai selebriti tempatan yang mengikat tali perkahwinan bersama pasangan masing-masing, namun ada di kalangan bintang kita ikatan cinta yang akhirnya terputus di pertengahan jalan.
Selepas Jue Aziz dan terbaru penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 8, Daus Eli yang mengakui sudah bercerai dengan isterinya, terkini pelakon Sharifah Sofia turut mendedahkan hal sama.
Memetik laporan Astro Gempak menerusi HLive!, pelakon berdarah kacukan itu sudah pun berpisah, dan kini memegabg status ibu tunggal.
Bagaimanapun, Sofia yang pernah beraksi menerusi filem Pisau Cukur tidak pula mendedahkan tarikh perpisahan mereka tetapi semuanya berlangsung dengan baik.
“Saya baru sahaja melepasi episod perceraian bersama suami. Keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.
“Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik.
“Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan sekarang,” kata Sofia.
Sofia atau nama sebenarnya, Sharifah Sofia Syed Hussein yang dilahirkan di England, berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009.
Hasil perkongisan hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
Foto: Instagram Sharifag Sofia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad teruja dapat memenuhi permintaan warga kerjanya untuk melihat dia membawa pulang trofi utama Gempak Most Wanted Award di acara Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022), pada Ahad.
Jelas Hafiz, sokongan yang ditunjukkan oleh pekerja yang menjadi tulang belakang sememangnya membuatkan dia rasa disayangi.
“Bila ada anugerah seperti ini, nama tercalon pun kita rasa pelik. Sewaktu pertama kali diumumkan sebagai salah seorang calon, ada staf datang berjumpa dan berkata, dia mahu saya menang anugerah ini.
“Mereka sangat ‘all out’ dan hari-hari cakap yang mereka mengundi saya. Jadi, saya bertekad untuk cuba bawa pulang anugerah ini dan kongsikan bersama para staf,” katanya kepada MH.
Lalu sebagai tanda penghargaan, Hafiz berbesar hati untuk memberikan ‘durian runtuh’ buat para pekerjanya.
“Baru-baru ini, saya ada berkongsi satu video di mana staf saya membuat kejutan dengan menampal poster-poster undian dan muka saya di seluruh pejabat. Melihat kesungguhan mereka, ia buat saya bertambah sayang.
“Jadi, saya sudah berhajat. Kalau ada rezeki menang, saya akan berikan mereka cuti dan bonus sebulan gaji sewaktu Syawal nanti dan kejutan lain untuk syarikat lainnya.
“Ini bukan bonus prestasi tahun lepas tapi bonus tambahan. Syarikat kami memang akan memberikan bonus sebulan gaji ketika hari raya dan bonus dua atau tiga bulan gaji pada akhir tahun. Ini balasan sempena rasa sayang mereka kepada saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan hatinya mula terdetik untuk bergelar influencer ketika isterinya sering kali diperkecilkan.
“Pada saya, influencer ini merupakan individu yang mempunyai ilmu, sedikit harta, nama dan pengaruh. Dahulu, saya bukan seorang yang aktif di media sosial.
“Kemudian, saya memilih untuk aktif kerana isteri saya pernah diperkecilkan oleh mereka yang punyai ciri-ciri tersebut.
“Jadi, saya manfaatkan platform media sosial untuk mengangkat darjat-darjat mereka yang selalu dipandang rendah. Setiap perkongsian saya, bukan untuk mengejar populariti.
“Konten-konten saya banyak berkisarkan tentang staff dan kebahagiaan isteri. Saya pun tak tahu adakah konten tersebut berkualiti atau tidak. Jika konten tersebut mampu membuatkan orang menitis air mata, bermakna ia punyai manfaat dan kebaikan,” kongsinya lagi
Hafiz berkata sedemikian ketika ditemui usai acara GMWA2022 pada Ahad.
Ketika ditanya mengenai pempengaruh-pempengaruh masa kini yang sering menghasilkan konten-konten kontroversi, Hafiz punyai pandangan tersendiri.
“Bagi influencer-influencer masa kini, mungkin mereka ada cara yang berbeza. Pada saya, itu adalah proses kematangan.
“Ketika saya baru belajar menggunakan media sosial, kita pun suka konten yang pelik-pelik. Bila sudah aktif lebih tiga atau empat tahun, mereka akan perbaiki sendiri,” akhirinya.
Selain anugerah utama, Hafiz juga turut menerima trofi Digital Influencer Tergempak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian dari pelakon Izreen Azminda di Instagram mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik foto mengenakan niqab.
Malah, menerusi ruangan komen bintang ini turut menitipkan kapsyen soal kehidupan.
“Sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia. Pasti Allah akan selerakkan urusannya.
“Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya. Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya.
“Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat. Allah akan memperteguhkan keinginannya itu, menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.
“DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TUNDUK DAN TERPAKSA,” tulis Izreen.
Bagaimanapun, Izreen mengakui dia hanya cuba berikan promosi purdah yang disifatkan cukup selesa kala dipakai.
“P/s kami masih sama takdak perubahan apa2. Cuma kami nk habaq PURDAH yg kami pakai ni tersangat sangatlah selesa dan senang utk ampa yg berpudah nk buat aktiviti harian dengan girang.
“Fuhh ayat girang tu, Level lain maciam la cara penyampaian tu selesa ya amat ampa.
“Sejuk ja lgsg tak panaih.. ampa boleh tgk di @ameliahassanfd @khimar.byameliahassan,” tulisnya.