Memiliki rupa paras jelita dan menawan ekoran mewarisi genetik berdarah peranakan Pakistan dan Arab yang diwarisi dari kedua ibu bapa, maka tidak hairanlah Ameera Khan mempunyai ‘Beauty privilege’ tersendiri hingga dilamar jenama fesyen Anatarabangsa!
Malah, sering menerima undangan untuk menghadiri majlis pelancaran eksklusif dan Fashion Week pelbagai jenama fesyen mewah seperti Fendi, Louis Vuitton, Christian Dior, Balenciaga, Valentino, Prada dan Longchamp. Untung empunya diri!
Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri.
Kecantikan Ameera bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita juga mengagumi kejelitaan anak perempuan bongsu Datin Noor Kartini dan Dato’ Abdul Halim Khan ini.
Ternyata Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengikut jejak langkah kakak tersayang, Neelofa yang sering menerima undangan label fesyen ternama antarabangsa sebelum mendirikan rumah tangga.
Meniti usia 23 tahun, populariti Ameera dalam industri fesyen kian melonjak naik. Kebanyakan posting
di media sosial miliknya juga memaparkan aktiviti Ameera bergaya sofistikated ketika berada di luar negara dan menghiasi kempen terbaharu fesyen mewah antarabangsa.April lalu, dia menghadiri pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 di Korea Selatan yang hanya dihadiri golongan kenamaan dan selebriti terkemuka saja.
Awal Ogos pula, Ameera berangkat ke Bali di Indonesia bagi kempen Christian Dior bersama aktres, Zahirah MacWilson.
Terbaharu, Ameera berada di Paris untuk koleksi terkini Longchamp!
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, penampilan Ameera tetap menarik tumpuan. Pendek kata apa saja yang disarungkan ke tubuh badan rampingnya pasti terletak cantik dan menjadi ikutan penggemar fesyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.