Penyanyi, Stacy Anam menafikan dakwaan yang mengatakan single terbaharunya yang berjudul ‘Menyala’ merupakan respon balasnya selepas terpalit kontroversi penarikan diri daripada sebuah konsert, baru-baru ini.
Menurut Stacy, lagu yang turut menerapkan elemen negeri Sabah itu sebenarnya telah dihasilkan sebelum kontroversi tersebut tercetus.
“Sebenarnya, lagu ini sudah dihasilkan sebelum isu kontroversi itu terjadi. Jika ada pihak yang merasakan saya seperti mahu bersaing, pada saya, itu juga merupakan sebahagian daripada penceritaan.
“Bila isu tersebut terjadi, ada baik dan buruknya juga. Saya hanya berfikiran positif dalam apa juga hal yang mendatang.
“Beginilah dunia hiburan. Saya okay sahaja dengan apa juga persepsi yang dibuat oleh orang luar. Yang penting kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan muzik video lagu ‘Menyala’ yang berlangsung di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Malah, Stacy turut menjelaskan elemen Sabah
ini sememang sudah sinonim dengan karya-karyanya sejak pertama kali menceburkan diri di dalam dunia seni.
“Kalau anda perasan, sejak daripada 2009, saya keluar dengan lagu ‘Pakai Buang’. Dari situ, saya sudah mula meletakkan signatures iaitu elemen Sabah. Dalam lirik lagu itu ada dialek Sabah.
“Malah, menerusi lagu Kasanova, saya selitkan tarian Sumazau. Jadi, untuk perkara seperti ini, ia bukan baharu buat saya untuk tunjukkan budaya saya sebagai trademark.
“Saya selesa dengan imej seperti ini. Ia melambangkan diri saya. Itu yang membezakan saya dengan orang lain.
Ads
“Mungkin orang lain ada cara yang tersendiri namun, untuk genre rock dan dance ini, saya suka bila ada karakter asli saya dalam setiap karya yang dihasilkan,” katanya lagi.
Menyala merupakan percubaan pertama Stacy untuk keluar daripada zon selesa dan menghasilkan sepenuhnya karya ciptaannya sendiri.
Katanya lagi, inspirasi untuk menghasilkan lagu ini tersebut selepas melihat sokongan peminat sewaktu bertanding di program The Hardest Singing Show (THSS).
Ads
“Lagu ini siap dicipta selepas tamat program THSS pada bulan Jun. Ketika di program tersebut, memang saya sendiri yang menyusun dan menggubah lagu.
“Saya memang di dalam momentum untuk menghasilkan muzik dan lagu. Malah, di THSS, saya ada buat persembahan bertemakan Sabah.
“Jadi, ia sangat berkait rapat daripada THSS sehinggalah terhasilnya lagu ini. Saya ingin berterima kasih dengan perjalanan yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
“Perjalanan itulah yang merealisasikan lagu ‘Menyala’,” akhirinya.
Sekadar informasi, Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital dan penstriman.
Muzik video Menyala pula boleh ditonton bermula 5 Disember di saluran Youtube Sony Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 kepada peminat dan apa yang berlaku disifatkan sebagai mengejut dan mendukacitakan.
Jelas Alif, dia telah pun melakukan beberapa ujian saringan, bagaimanapun status terkini menunjukkan dirinya didapati positif.
“Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.
“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.
“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari,” terangnya.
Perkara tersebut diberitahu bapa kepada tiga cahaya mata ini menerusi hantaran terkini di Instagram hari ini.
Pada masa sama, Alif turut memohon atas atas hal yang berlaku seterusnya meminta ramai agar mendoakan yang terbaik.
“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin,” tulisnya.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti yang turut terkejut menzahirkan ucapan serta mendoakan agar bintang ini segera sembuh.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hasrat usahawan Nur Sajat untuk melepaskan rindu terhadap dua anak angkatnya di Singapura tidak terlaksana selepas dia perlu perlu segera pulang ke Australia.
Luahan rasa kecewa itu dikongsikan Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Maafkan ummi sayang. Kita dah berada di satu pulau yang sama. Cuma pintu sahaja pisahkan kita.
“Maafkan ummi, ummi kena pulang balik. Berat hati ummi nak terima. Ya Allah jaga anak-anakku. Semalaman ummi fikirkan hal ini di bilik menunggu.
“Ummi dah buat yang terbaik untuk kita berjumpa. Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak ummi. Ummi akur keputusan ini.
“Dua tahun kita tak jumpa. Ummi nak sangat jumpa anak-anak ummi. Ini sahaja peluang yang ada untuk ummi jumpa anak-anak ummi.
“Maafkan ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia,” luah Sajat.
Dia bagaiamanapun tidak mendedahkan lanjut sebab kenapa dia tidak dapat berjumpa anak-anaknya yang dikenali sebagai Syaza dan Syahmi itu.
Terdahulu, Sajat pada Jumaat berkongsikan keterujaannya untuk bertemu dengan dua anak angkat, yang dijaga oleh ahli keluarganya di Malaysia.
Usahawan itu difahamkan berada di Singapur bagi menghadiri acara The Wedding Asia yang berlangsung dari 6 hingga 18 September.
Terdahulu, Sajat menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia selepas namanya didakwa terlibat dalam kes mahkamah membabitkan perniagaan yang diasaskannya.
Lantaran itu, Sajat mendapatkan perlindungan ke Australia selepas ‘lari’ ke Thailand seterusnya menggunakan nama Bella ketika berada bersama rakannya di Bangkok.
Usahawan itu juga dikatakan mempunyai kad UNHCR sebagai jaminan tidak ditahan pihak berkuasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, tanggungjawab dan tugas sebagai seorang ibu bapa bukan satu perkara mudah dan perlu diambil serius.
Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha misalnya memaklumkan bahawa ilmu pengetahuan keibubapaan sangat penting untuk mendidik dan menjaga anak yang semakin meningkat besar.
“Saya rasa bila kita jadi ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk keluarga dan anak kita. Jadi kita akan banyak buat kajian, banyak membaca dan belajar sebab kita nak paling terbaik untuk anak kita.
“Oleh itu, saya rasa ibu bapa perlu menjadi berpelajaran untuk mendidik anak kerana ia satu perkara yang penting dalam mendidik anak.
“Saya selalu kongsi pengetahuan keibubapaan bersama peminat dan kadang-kadang peminat pun ada kongsi tips penjagaan anak kepada saya,
“Jadi saya rasa bagus juga kalau ibu bapa menjadi bepelajaran sebab banyak benda yang kita boleh belajar mengenai ilmu keibubapaan,” katanya kepada MH.
Sekadar informasi, Hanis mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 7 bulan.
Hanis ditemui ketika majlis pelancaran koleksi jenama Lilit.xWoo/Fiziwoo di Fashionvalet, Publika, Kuala Lumpur, pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia sudah pun menyelesaikan isu perselisihan faham yang berlaku di antaranya bersama rakan pelakon, Datuk Aaron Aziz.