Hos terkenal Jihan Muse berkongsi perkembangan terkininya yang bakal bersalin anak kedua pada bila-bila masa.
Menurut Jihan, dia kini sudah pun berada di hopsital bagi menyambut kelahiran bayi yang dikandung.
Mengenakan kemeja rona jingga, pengacara Gegar Vaganza itu juga mendedahkan kandungannya sudah pun menjangkaui usia sembilan bulan.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, kita sudah check in (masuk wad). Tunggu doktor datang. Beginilah keadaan. Genap sembilan bulan 10 hari,” kata Jihan.
Perkara tersebut dikongsikan Jihan menerusi Insta Stories, pada Isnin.
View this post on Instagram
Terdahulu di dalam perkongsian sebelumnya, Jihan memaklumkan dia sudah pun melakukan pemerikaan terakhir kandungan, beberapa hari lalu.
Terdahulu, Jihan menerusi MH sebelum ini meluahkan perasaan teruja dan bersyukur apabila kali ini dia diberikan rezeki zuriat selepas anak pertama, Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
Jihan, 39, mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/lKzn6GUIO-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI