Baru-baru ini, pelakon tampan Nazim Othman telah memuat satu video di akaun Instagram.
Merakamkan panorama indah dari sebuah sebuah hotel terkemuka di Langkawi, pelakon ini turut berkongsi kapsyen ‘mengundang’.
“Beginilah kehidupan seorang duda dari kayangan.”
“Kalaulah korang dapat duduk kat Panoramic Suite @thestregislangkawi yang besar & agung ni, siapa agaknya korang akan ajak ?”tulisnya.
Lantas, perkongsian yang ditulis Nazim telah menjadi perhatian netizen.
Rata-rata daripada mereka menasihati Nazim untuk terus tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup.
Terdahulu, Nazim telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 2 Mei 2018.
Video : Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiap Kali Babak Peluk, Rasa Betul-Betul Macam Anak Kita,” – Zila Bakarin Puji Aprena Manrose, Cerita Sikap Maria Farida & Khaty Azian Di Set
Pelakon, Zila Bakarin berkongsi memori indah saat menjalani penggambaran drama bersiri, Hatimu Sedingin Salju bersama rakan pelakon hebat seperti Datin Maria Farida dan Khaty Azian.
Kongsi Zila, dia berasa seronok dan gembira sepanjang penggambaran rakaman drama arahan Bahri Uma Bajuri itu dijalankan.
Malah, Zila turut mendedah akan keperibadian Maria yang dilihat sebagai wanita yang lemah lembut dan Khaty pula sebagai pelakon yang periang.
“Scroll punya scroll sambil lepak, nmpk pic ni. Terus flashback. Inilah kejadiannya di sebalik citer #hatimusedinginsalju. Tak pernah yg serious masing2, baik tua, muda sama perangai. Tapi itulah kami anak2 seni, sentiasa menjadi family di set shtg. Cuma antara kami je.
“Serious kita rindu sgt kakak2 kita dorg ni, @mariafarida yg lembut orgnye. Baik baik je bila berckp, aku sayang dia. @khatyazian kakak kita yg ceria je. Dia ni urat sedih dia dah putus, suka menyanyi. Penghibur kami kat set. i luv u kak,” tulisnya.
Pada masa sama, Zila turut ada bercerita mengenai pengalaman berlakon dengan Aprena Manrose. Jelas Zila, Aprena sangat baik.
“@mrsaprenamanrose my anakku. Sepanjang aku berlakun, dia satu2nye yg menjadi anak kita. Tak pernah nak menyusahkan org. Tiap kali ade sc peluk dia, kita rasa betul2 dia cam anak kita. Baik sgt budak ni…u sgt2 yank.
“Ok.. so dah lepak2 kat umah, jgn lupa tgk.. #hatimusedinginsalju #maghribdulu baru smbg tgk,” tulisnya lagi.
Selain mereka, drama Hatimu Sedingin Salju yang disiarkan di slot Akasia TV3 turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Hafeez Mikhail, Bella Dowanna dan Fadlan Hazim.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Zila Bakarin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahagia Dengan Dua Anak & Kini Meniti Usia 41 Tahun, Nurul Izzah Setia Sopan Bertudung Bawal
Bahang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kian terasa dan sudah tentunya, calon-calon bagi kerusi setiap kawan mencuri tumpuan rakyat.
Ini termasuk perempuan kepada ahli politik terkenal, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Nurul Izzah yang menjadi antara figura Muslimah yang cukup aktif berpolitik.
Tidak dinafikan sejak awal pembabitannya dalam arena politik hingga ke hari ini, Nurul Izzah dilihat masih kekal selesa dengan gaya sederhana dan tidak keterlaluan menerusi penampilan sopan seadanya.
Apa yang pasti, wanita ini tetap setia menggayakan tudung jenis bawal yang polos menerusi warna-warna pastel.
Malah menerusi perkongsian terkininya di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat masih kekal dengan imej sama dalam menjalankan misi kempen bersempena dengan PRU15, Sabtu ini.
Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah mengakui kebanyakan gaya hijabnya telah ditata rias oleh adik perempuan, Nurul Nuha Anwar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap Tunang Anggota Bomba Mohon Doa Malaysia, Anniversary Kahwin Fattzura, Youtuber Prank Promoter Kasut & Banyak Lagi Kisah Seni Yang Hangat!
Bagi yang terlepas cerita hiburan semalam, jom MH senaraikan TOP 5 kisah seni yang berlaku semalam. Macam-macamlah!
1. Rancang Kahwin, Tunang Anggota Bomba Sedih Lihat Keadaan Tunangnya
Insiden rusuhan yang berlaku di tapak kuil Sri Mariamman, Subang Jaya pada Ahad lalu telah menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan kepada seorang anggota bomba, Mohammad Adib Kasim.
Akibatnya, dia kini terlantar di hospital dan mengalami patah tulang rusuk.
Dalam pada itu, tunangnya, Nur Najihah memohon doa orang ramai agar Adib cepat sembuh kerana mereka ada merancang untuk berkahwin.
Artikel penuh di :
2. Happy Anniversary Fattah Amin & Nur Fazura, Baru Setahun!
Pasangan merpati dua sejoli, Fattah Amin dan Fazura telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Dalam pada itu, mereka juga turut mengadakan majlis bersama peminat mereka (Love Warriors) di ibu kota.
Artikel penuh di :
3. Cara Unik Siti Sarah & Shuib Didik Anak
Cara didikan Siti Sarah telah mendapat perhatian netizen apabila anaknnya mahukan permainan.
Bagaimanapun, Sarah dan Shuib telah menetapkan peraturan baru iaitu mereka perlu menghafaz surah ayat suci Al-Quran untuk mendapatkan permainan baru.
Artikel penuh di :
4. Youtuber, Harvinth Skin ‘Prank’ Jurujual Kasut, Terkejut Dibuatnya
Youtuber, Harvinth Skin telah melakukan perkara diluar jangkaan apabila dia memecut keluar setelah mencuba sepasang kasut baru di sebuah kedai kasut.
Artikel penuh di :
5. Salih Yaakob Rai Hari Jadi Bersama 3 Orang Isteri
Pelawak senior dan penyampai radio, Salih Yaakob telah meraikan ulang tahun hari jadinya pada Ahad lalu bersama tiga orang isterinya.
Artikel penuh di :
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI