“Begitulah Seterusnya Sampai Abang Jamil…,” – Dilema Mustaqim Bahadon, Ini Perkongsiannya

Share

Pelakon, Mustaqim Bahadon, meluahkan rasa terhadap sikap segelintir pihak yang sering memberikan alasan setiap kali ingin memilih barisan pelakon bagi menjayakan sesebuah projek.

Jelas Mustaqim, namanya sering kali dipinggirkan pihak stesen tv gara-gara wajahnya kerap muncul di stesen tv yang lain.

Tambah menyedihkan, apabila dia ingin terus bekerja dengan stesen tv yang sama, ada pula yang meluahkan rasa jemu.

“Anak seni..bila dicadangkan nama ke stesyen televisyen, station TV A cakap eh dia banyak dengan station TV B.

“Cadang ke station TV B pula depa cakap ala awak dah selalu dengan station TV B, kami nak muka lain pula.

“Pergi station TV C, depa tanya follower berapa dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil….,”tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Rahimah Tanpa Rahim itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, apabila dia ingin mencuba nasib bersama stesen tv yang belum pernah dia sertai, jumlah pengikut di media sosial pula yang menjadi halangan.

Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, Mustaqim menjelaskan dia tidak akan sesekali mengalah kerana dia amat menyayangi kariernya sebagai seorang anak seni.

“Apapun, I love my job. Don’t give up. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar isu ini tidak mematahkan semangat Mustaqim untuk terus mencipta nama di dalam industri lakonan tanah air.

Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon

Published by
Aizam Manaf