Tersentuh hati melihat perkongsian pelakon Ramona Zamzam yang dilihat sedang bergelut dengan tugasan rumah bersama anak di samping bergelar selebriti pada masa yang sama.
Ramona dilihat sedang menggosok baju sambil anaknya di bawah sedang bermain sorok-sorok.
Ulasnya, di sebalik penampilan glamor, inilah yang dihadapi di rumah apabila menggalas tugas seorang isteri dan ibu.
“Shall i say… cari benda tersembunyi?
Ads
“Behind all of those glam outfits & vain makeups i swear this is the real truth of being a mom while having a baby / toddler at home.
“Even worse, lepas masuk kepala dlm kain, she looked up and say “TAK” (chak) with a smiley face. Always got me in dilemma to stop her or to layan her and continue playing chak as well.”
Netizen turut mengaitkan foto tersebut dengan pengalaman sama yang dilalui.
Ads
Seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan dan kebahagiaan keluarga, asalkan ianya dihargai dan dilakukan bersama-sama pasangan. Barulah, rumahku, syurgaku.
Foto – Instagram Ramona Zamzam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertama kali menjalani Ramadan bersama suami dan anak kecil, Elfira Loy berkongsi kisah lucu pada hari pertama berbuka puasa.
Katanya, ibu ada memintanya untuk masakkan sup tulang dan masak lemak cili api rebung daging salai.
Namun, apa yang melucukan apabila semua sudah bersedia menunggu azan Maghrib, baru dia menyedari nasi belum ditanak.
“24/4/2020 : Ramadhan bertiga tahun ni Alhamdulillah.
“Kisah hari pertama , el cubalah masak untuk lauk berbuka , mama request masak sup tulang masak lemak cili api rebung daging salai.
“Okay fine kita cubalah masak. Dah masak masak happy duduk dekat meja tunggu azan hanis je baca doa Allah ! Lupa pulak masak nasi ya Allah rasa macam nak tepuk dahi ni spoil.
“Dah malu terus jamah kurma minum air naik atas solat maghrib dulu berjemaah.
“HAHA… okay thats my story. Korang dah ada ke cerita aneh aneh walaupun baru hari ketiga berpuasa?,” kongsinya.
Sebak mendengar perkongsian penyanyi senior, Noraniza Idris mengenai kisahnya ketika berusia sekitar tujuh tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
Penyanyi, Stacy Anam menafikan dakwaan yang mengatakan single terbaharunya yang berjudul ‘Menyala’ merupakan respon balasnya selepas terpalit kontroversi penarikan diri daripada sebuah konsert, baru-baru ini.
Menurut Stacy, lagu yang turut menerapkan elemen negeri Sabah itu sebenarnya telah dihasilkan sebelum kontroversi tersebut tercetus.
“Sebenarnya, lagu ini sudah dihasilkan sebelum isu kontroversi itu terjadi. Jika ada pihak yang merasakan saya seperti mahu bersaing, pada saya, itu juga merupakan sebahagian daripada penceritaan.
“Bila isu tersebut terjadi, ada baik dan buruknya juga. Saya hanya berfikiran positif dalam apa juga hal yang mendatang.
“Beginilah dunia hiburan. Saya okay sahaja dengan apa juga persepsi yang dibuat oleh orang luar. Yang penting kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan muzik video lagu ‘Menyala’ yang berlangsung di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.
Malah, Stacy turut menjelaskan elemen Sabah
ini sememang sudah sinonim dengan karya-karyanya sejak pertama kali menceburkan diri di dalam dunia seni.
“Kalau anda perasan, sejak daripada 2009, saya keluar dengan lagu ‘Pakai Buang’. Dari situ, saya sudah mula meletakkan signatures iaitu elemen Sabah. Dalam lirik lagu itu ada dialek Sabah.
“Malah, menerusi lagu Kasanova, saya selitkan tarian Sumazau. Jadi, untuk perkara seperti ini, ia bukan baharu buat saya untuk tunjukkan budaya saya sebagai trademark.
“Saya selesa dengan imej seperti ini. Ia melambangkan diri saya. Itu yang membezakan saya dengan orang lain.
“Mungkin orang lain ada cara yang tersendiri namun, untuk genre rock dan dance ini, saya suka bila ada karakter asli saya dalam setiap karya yang dihasilkan,” katanya lagi.
Menyala merupakan percubaan pertama Stacy untuk keluar daripada zon selesa dan menghasilkan sepenuhnya karya ciptaannya sendiri.
Katanya lagi, inspirasi untuk menghasilkan lagu ini tersebut selepas melihat sokongan peminat sewaktu bertanding di program The Hardest Singing Show (THSS).
“Lagu ini siap dicipta selepas tamat program THSS pada bulan Jun. Ketika di program tersebut, memang saya sendiri yang menyusun dan menggubah lagu.
“Saya memang di dalam momentum untuk menghasilkan muzik dan lagu. Malah, di THSS, saya ada buat persembahan bertemakan Sabah.
“Jadi, ia sangat berkait rapat daripada THSS sehinggalah terhasilnya lagu ini. Saya ingin berterima kasih dengan perjalanan yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
“Perjalanan itulah yang merealisasikan lagu ‘Menyala’,” akhirinya.
Sekadar informasi, Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital dan penstriman.
Muzik video Menyala pula boleh ditonton bermula 5 Disember di saluran Youtube Sony Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!