
Datuk AC Mizal ada berkongsi perkembangan terbaru salah seorang bekas anggota 4U2C, One II yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai penyakit yang dialaminya.
One II menyertai kumpulan rap paling popular ini pada 1996 selepas perpecahan anggota asal dan sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona.
“Mohon agar semua dapat sedekahkan doa kpd one of my 4u2c brotha yg kini critical di ICU semoga beliau kembali pulih.
"Be strong my brotha One2 (4U2C 2nd batch)….Al Fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Semoga diberi kesembuhan kepada One II.
Foto : Instagram Datuk AC Mizal Dan Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Yang Banyak Bermain Dengan Lirik Luc@h,” – Bawa Pengaruh Tak Baik? MK Pertahan K-Clique!

Didakwa membawa pengaruh tidak sihat kepada peminat khasnya di kalangan kanal-kanak, rapper MK menafikan kumpulan K-Clique yang dianggatainya kerap bermain dengan bait lirik lucah.
Malah jelasnya, hanya dirinya yang harus mengambil tanggungjawab tersebut.
“Saya rasa saya yang banyak bermain dengan lirik lucah, bukan K-Clique. Sedikit sebanyak puncanya ialah saya. Tapi kalau orang luar faham, muzik yang kami buat tidak semuanya ada begitu.
“Terpulang kepada pendapat orang, pendapat bagus kami ambil, yang tidak bagus, biarkanlah. Anggap ia sebagai kesilapan dan kami belajar,” jelasnya.
Terdahulu, bintang asal Sabah ini ditemui pada di Era Digital Music Awards 2019 di Jaya Shopping Centre, baru-baru ini.
Rapper ini pada masa sama turut mengakui khilaf dan cuba mengubah stail dalam penulisan lirik selepas ini.
“Kami akan lebih mengikut kehendak peminat selepas ini,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, MK turut menafikan mula demand dan culas dalam menepati masa.
Terangnya, tidak pernah timbul sebarang masalah dan akan tetap mengekalkan disiplin dalam cara kerja.
“Belum pernah lagi saya timbulkan sebarang isu berkaitan bayaran atau tepati masa. Namun jadual yang sangat padat, show di Sabah kemudian di KL dan perlu terbang ke Sarawak keesokannya.
“Dan saya bukan tuhan dapat tentukan ketepatan masa untuk sampai ke sesebuah destinasi.
“Tapi syukur semuanya faham dan berpuas hati dengan persembahan kami.
“Itu semua rezeki daripada Allah. From nobody to somebody dan somebody to nobody pun boleh berlaku. Saya sentiasa bersyukur. Saya hanya mahu bertahan,” katanya lagi.
Dia turut mengakui kini lebih pandai mengawal situasi daripada diasak peminat wanita seperti yang berlaku sebelum ini.
“Sekarang ia lebih terkawal sebab kami belajar daripada kesilapan. Namun perkara itu tidak menjadi isu buat yang harus diperbesarkan,” ulasnya.
Dalam pada itu, kumpulan yang sinonim dengan lagu Mimpi ini mebawa pulang dua trofi, Lagu Featurin Hit dan Rappers Paling Onz dalam Era Digital Muzik Awards (EDMA) 2019 yang berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya.
EDMA 2019 turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Naim Daniel, Floor 88, Zizi Kirana, Ucop, Sarah Suhairi dan Andi Bernade. Siaran langsung EDMA 2019 disiarkan menerusi tiga platform digital ERA iaitu Facebook, Youtube dan Instagram.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Bayi Sulung Ikmal Amry, Cailie Kini Genap Sebulan Usianya

Syukur nikmat dengan kehadiran permata hati pertama, pelakon Ikmal Amry memaklumkan anaknya, Cailie sudah berusia satu bulan.
Menerusi Instagram, Ikmal yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Pulau Movie berkongsi beberapa foto kandid bersama Cailie.
“Pejam celik sebulan dah anak daddy Cailie binti Mohd Zulikmal Amry,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon berusia 27 tahun ini membesar sebagai anak solehah.
“Congratulation mas Amry semoga anak nya menjadi Sholeh dan berguna bagi agama dan bangsa,” tulis seorang peminat.
“Congrats,” titip seorang wargamaya.
“Syukur alhamdulillah,” luah lagi seorang peminat lainnya.
“Comel dan simple je nama,” puji peminat.
“Cailie is Arab name. The meaning of ‘Cailie’ ; kekasih,” peminat berikan pencerahan.
Terdahulu, Ikmal mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga bintang media sosial, Najla Shamsul pada 19 Disember 2020.
Selepas itu, Najla selamat bergelar ibu selepas melahirkan Cailie secara normal pada 30 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Baru Lahir Mampu ‘Berjalan’

Sedutan video seorang bayi kini tular di Internet dan ramai pengguna media sosial menganggap bayi tersebut sebagai luar biasa kerana mampu ‘berjalan’ selepas beberapa minit dilahirkan.
Kejadian berlaku di Brazil apabila bayi yang difahamkan perempuan itu mampu ‘berjalan’ dan mengejutkan jururawat serta bidan di sebuah hospital ketika mahu memandikannya buat pertama kali.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial jumaat lalu, tidak ada sumber sahih di hospital mana bayi tersebut telah dilahirkan namun ianya dipercayai di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, Selatan Brazil berdasarkan pakaian seragam bidan tersebut.Video tersebut menunjukkan bayi berkenaan cuba berdiri dan melangkah ketika dipegang oleh seorang jururawat.
Masa yang diambil untuk seorang bayi normal mula berjalan mengambil masa antara sembilan bulan hingga setahun dan memerlukan sokongan untuk berdiri daripada orang dewasa.
Walau bagaimanapun, bayi berkenaan dilihat mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia cuba bangun dan berjalan dengan berpaut pada tangan jururawat itu.
“Oh,‘budak perempuan’ ini berjalan,” kata bidan itu dalam bahasa Portugis
Seorang lagi rakannya pula berkata, “tunggu, biar saya rakam ini.”
“Saya mahu memandikannya, bayi ini tetap beruasaha bangun dan berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya lagi.
Jururawat itu juga menunjukkan bayi tersebut ‘berjalan’ hampir satu meter dengan sokongannya.
Video berkenaan telah menjadi sebutan dan viral di media sosial apabila ditonton lebih daripada 50 juta kali dan dikongsi sebanyak 1.3 juta di Facebook
Sedikit tips cara penjagaan bayi yang baru lahir :
1. Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.
2. Mandikan bayi dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu lagi nak kelam kabut.
3. Lapkan bayi supaya kering
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan tuala tebal. Gunakan ‘alcoholswab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
4. Gunakan minyak bayi Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul
Sumber: hmetro
Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322
Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI