Berita

Bekas Anggota One Direction, Liam Payne Meninggal Dunia Pada Usia 31 Tahun

Share

Penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari balkoni sebuah hotel di bandar Buenos Aires, Argentina.

Petik TMZ, kejadian dilaporkan berlaku pada petang Rabu, waktu tempatan.

Sehingga kini, belum ada keterangan terperinci mengenai berita kematian bintang itu daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, khabar tersebut yang nyata mengejutkan para peminatnya menjadi sorotan di media sosial ketika ini.

Liam Payne atau nama sebenarnya, Liam James Payne dilahirkan di Wolverhampton, England dan mendiang mula meniti puncak populariti sejurus menyertai program realiti, The X Factor pada tahun 2008.

Dua tahun selepas percubaan pertamanya itu, dia sekali lagi mencuba nasib untuk bergelar penyanyi pada usia 16 tahun dan diserapkan bersama empat peserta lain, iaitu Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik.

Kelima-lima mereka dikenali sebagai One Direction sekaligus berjaya menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan berkenaan.

Antara lagu popular One Direction termasuk What Makes You Beautiful, Gotta Be You, One Thing dan banyak lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Foto: Instagram Liam Payne

Published by
MH