Pereka fesyen tersohor, Dato Jovian Mandagie menitipkan ucapan penuh makna kepada bekas isterinya, Nina Sabrina Ismail Sabri yang selamat mendirikan rumah tangga bersama dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, pada Isnin.

Dalam ucapan tersebut, jejaka berusia 38 tahun itu memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut tetapi tetap menitipkan doa dan harapan terbaik untuk kebahagiaan pasangan pengantin baru itu.

“Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai! Maaf kerana tidak dapat hadir menyaksikan penyatuan indah anda berdua. Doa dan ucapan terbaik dari hati saya untuk anda berdua.

“Semoga kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa mengiringi hidup kalian. Kita akan berjumpa untuk makan malam bila saya kembali ke KL nanti!” katanya dalam hantaran tersebut.

Ucapan itu dikongsikan Jovian menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Ads

Bekas Isteri Selamat Berkahwin, Jovian Mandagie Titip Ucapan – “Semoga Kebahagiaan & Kegembiraan Sentiasa Mengiringi Hidup Kalian.”

Dalam hantaran lain pula, Jovian berkata bahawa perpisahan bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih besar secara berasingan daripada apa yang mampu dicapai bersama.

Tambahnya lagi, hubungan mereka kekal diikat dengan rasa hormat, kematangan, dan kasih sayang terhadap apa yang telah mereka bina bersama sebelum ini.

Ads

Bekas Isteri Selamat Berkahwin, Jovian Mandagie Titip Ucapan – “Semoga Kebahagiaan & Kegembiraan Sentiasa Mengiringi Hidup Kalian.”

“Kadangkala, perpisahan bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan. Peluang untuk menemui kebahagiaan yang lebih besar secara berasingan daripada apa yang kita boleh capai bersama.

“Kami tetap bersatu melalui rasa hormat, perkembangan, dan kasih sayang terhadap apa yang telah kami cipta bersama. Itulah kisah kami,” katanya lagi.

Ads

Di akhir hantaran itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menitipkan kata-kata baik serta doa untuknya.

“Terima kasih atas semua ucapan dan doa yang baik, saya amat tersentuh dan terharu,” tulisnya penuh makna.

Untuk info, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil hubungan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia 7 tahun.

Walau bagaimanapun, jodoh tidak panjang dan mereka menamatkan perkahwinan selepas 10 tahun bersama.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI