Individu yang didakwa memfitnah pelakon Puteri Sarah iaitu Nazatul Nazira nekad untuk memanjangkan kes ini ke peringkat perbicaraan mahkamah.
Menurut Nazatul, dia juga akan memfailkan saman fitnah kerana menganggap segala dakwaan yang dilemparkan oleh Puteri Sarah terhadapnya selama ini bersifat fitnah.
Malah, hal ini juga dikatakan telah menjatuhkan maruah dan air mukanya.
“Saya ada failkan saman fitnah. Saya rasa, kita teruskan dengan proses mahkamah.
“Saya nak membersihkan nama, menuntut hak dan fitnah yang dilemparkan menjejaskan kredibiliti, imej dan maruah saya. Saya akan tetap melawan untuk menuntut hak.
“Saya sangat terkesan dengan fitnah ini,” katanya kepada MH sejurus selesai proses mediasi kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan Puteri Sarah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, peguam mewakili Nazatul iaitu Aryssa Arynna berkata pihak mereka tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai kes anak guamnya kerana masih dalam perbincangan.
“Segalanya masih dalam perbincangan. Kami ada proses mediasi yang kedua. Kita belum mencapai kata sepakat dan segalanya masih diperingkat awal.
“Kita tak boleh nak bercakap banyak.
Lantaran itu, proses mediasi kedua bapa berlangsung pada 25 September depan.
Terdahulu, Puteri Sarah mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.
Nazatul juga didakwa telah menuduh Puteri Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.
Susulan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI