Bekas bintang televisyen kanak-kanak era 90-an, Rory Callum Skyes, dilaporkan meninggal dunia dalam fenomena kebakaran yang melanda Los Angeles kini. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu pelakon tersebut, Shelley Skyes, menerusi platform X.
“Dengan rasa sedih yang besar saya terpaksa mengumumkan kematian anak lelaki saya yang dalam kebakaran Malibu semalam. Saya benar-benar patah hati,” tulisnya
Jabatan bomba mendedahkan kepada Shelley bahawa kematian anaknya itu disebabkan Rory terhidu gas karbon monoksida. Bekas pelakon kanak-kanak itu berusia 32 tahun ketika meninggal dunia.
Biarpun dilihat dengan mata kasar Rory kelihatan sempurna, namun bekas bintang cilik itu sebenarnya dilahirkan dengan kondisi penyakit yang membataskan pergerakannya.
“Rory dilahirkan buta akibat cerebral palsy dan mempunyai masalah untuk berjalan. Namun, dia mengatasi kekurangan itu dengan pembedahan dan terapi untuk memulihkan penglihatannya dan untuk dapat belajar berjalan.
“Walaupun dilanda kesakitan, dia tetap bersemangat mengembara keliling dunia bersama saya dari Afrika hinggalah ke Antartika,” sambung Shelley lagi
Dilahirkan di Britain dan kemudiannya dibesarkan di Australia sebelum menjadikan Los Angeles, Amerika Syarikat sebegai tempat tinggal tetapnya, Rory terkenal dengan siri relaiti Kiddy Kapers. Rancangan tersebut merupakan rancangan realiti kanak-kanak yang turut menampilkan Shelley sebagai pengacara bersama.
Biarpun bergitu, Rory tidak meneruskan kerjayanya dalam dunia penyiaran sebaliknya bergelar seorang gamer yang kemudiannya berkecimpung dalam dunia pelaburan dan motivasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI