Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular  Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada Jumaat lalu (21 Mac).

Lev yang merupakan warganegara Rusia dan pemegang status Penduduk Tetap Singapura dipercayai melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang wanita yang dikenali melalui aplikasi temu janji Tinder.

Kronologi kejadian

Kejadian itu berlaku pada 12 Januari 2021 di dalam bilik tidurnya di sebuah unit kediaman yang dikongsi bersama rakan serumahnya.

Ketika itu, Lev telah mengajak mangsa pulang ke rumah kononnya untuk membantu menulis skrip, memandangkan wanita tersebut sedang cuba beralih ke dunia penulisan komedi.

Mangsa yang ketika itu berusia 30 tahun, pernah bergiat sebagai pelakon dan model, dan berharap untuk mengembangkan bakat dalam bidang penulisan kreatif.

Ads

Walau bagaimanapun, identiti mangsa tidak dapat didedahkan atas faktor perundangan dan sensitiviti kes.

Bekas Pelakon Komedi Didapati Bersalah Rogol Kenalan Tinder

Menurut hakim, mangsa tampil sebagai saksi yang sangat meyakinkan, walaupun terdapat sedikit ketidakkonsistenan dalam keterangannya.

Ads

Antaranya termasuk tindakan mangsa yang masih membalas mesej Panfilov selepas kejadian, dan hanya mendapatkan rawatan tiga hari kemudian. Namun menurut Hakim Pang Khang Chau, semua ini ada penjelasan yang munasabah dan tidak menjejaskan kredibiliti mangsa.

Beliau turut menyatakan bahawa ketidaktepatan kecil dalam ingatan adalah perkara biasa, terutama selepas mengalami trauma.

Keterangan dipertikai

Berbeza dengan mangsa, keterangan Lev dianggap tidak boleh dipercayai. Hakim menyifatkan keterangan bekas pelakon itu sebagai satu usaha untuk menjarakkan diri daripada kejadian sebenar, namun tidak berjaya menutup percanggahan dalam ceritanya sendiri.

Ads

Panfilov kelihatan sugul dan berpakaian seragam penjara berwarna ungu ketika mendengar keputusan mahkamah, dan beberapa kali dilihat menoleh ke arah keluarganya di galeri mahkamah.

Panfilov pernah dikenali ramai menerusi video-video komedi di saluran Wah!Banana, yang cukup popular dalam kalangan penonton YouTube di rantau ini. Kemudian dia bergerak aktif di media sosial menerusi kandungan yang diterbitkan di platform TikTok.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: CNA 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI