“Bekas Pengawal Keselamatan Kilang Panasonic Selama 22 Tahun,” – DS Aliff Syukri Dedah Wajah Bapa Kandung Yang Jarang Dikongsi

Share

Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri sebentar tadi ada memuat naik foto selfie bersama bapanya, Kamarzaman.

Meski tidak dikongsikan secara terperinci mengenai usia dan nama penuh bapanya, namun ia sedikit sebanyak memberi ruang buat peminat untuk mengetahui wajah terkini bapanya yang jarang dikongsikan Aliff.

Pada masa sama, kapsyen yang ditulis penyanyi Abang Nak Tegur Ini juga turut mengundang inspirasi.

“Saya akan cuba bahagiakan abah saya. Dulu dia dah susah untuk saya. Sekaranf masanya saya balas jasa dia.

“Terpancar wajah penat jeriy mencari duit sebagai bekas pengawal keselamatan kilang Panasonic Seksyen 15, Shah Alam selama 22 tahun untuk membesarkan saya,” kongsi Aliff.

Lalu, rata-rata para pengikutnya ada meninggalkan komen positif terhadap apa yang dicita-citakan Aliff.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
Rafiq Mazlan