Inspirasi

Bekas Penyampai Buletin Utama TV3 Raih Anugerah Sarjana Cemerlang UiTM

Share

Azawate Zenol Abidin, 49, baru-baru ini telah menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan cemerlang.

Dalam satu hantaran video temubualnya di saluran Facebook UiTM, bekas penyampai dan penerbit Buletin Utama TV3 itu berkongsi bahawa dia memperoleh keputusan purata nilai gred keseluruhan 3.93 sekaligus melayakkannya untuk menerima Anugerah Sarjana Cemerlang.

“Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menamatkan dengan cemerlang pengajian saya pada usia begini dan rasa amat gembira tentunya,” kongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini saat ditanya perasaan usai majlis konvokesyen.

Bukan mudah untuk belajar diperingkat tinggi apatah lagi sebagai seorang ibu dan juga isteri. Apabila ditanya tip cemerlang, Azawate menegaskan dalam pengajian bukan hanya tentang usaha.

BACA JUGA: Penyanyi Lagu Tenda Biru Kini Bergelar Doktor Falsafah

“Selalu orang akan berkata, typical

kita kena fokus dan kena study hard, namun selain itu bagi saya yang penting kita perlu ada hubungan baik dengan pensyarah dan rakan sekelas.

“Terutamanya kita perlu ada rakan Kumpulan yang sama wavelength, jadi perjalanan lebih mudah dengan good networking dan relationship bersama semua orang di sekeliling,” ujarnya berkongsi tip.

Selain itu dia yang kini anggun berhijab, turut berterima kasih kepada suami, anak-anak dan juga ahli keluarganya yang lain yang banyak memberikan sokongan sepanjang pengajian selama dua tahun.

Imbas kembali, Azawate sebelum ini bertugas di TV3 selama lebih 15 tahun sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri menerusi mutual separation cheme (MSS) yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja syarikat tersebut.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen